Sri Pahang bakal menghadapi satu lagi aksi Liga Super malam ini dengan berdepan cabaran pasukan lawan iaitu Kuala Lumpur City di gelanggang sendiri, Stadium Darul Makmur (SDM).
Sri Pahang boleh dianggap berada dalam momentum terbaik musim ini dalam saingan Liga Super menerusi rekod tanpa kalah sepanjang 11 perlawanan sebelum ianya dileburkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).
Into last game first round 🏃🏽#SriPahang#WhereLegendsAreBorn#HakkaClo pic.twitter.com/w3kUYDYWWS
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) June 3, 2023
Rekod tersebut lebur pada aksi ke-12 Liga Super dengan Sri Pahang terpaksa menerima hakikat kekalahan tersebut di tangan JDT yang tampil lebih ampuh.
Untuk aksi seterusnya berdepan KL City, dilaporkan kem Sri Pahang berada dalam motivasi terbaik untuk kembali bangkit mengharungi perlawanan liga bertemu pelawat.
Jelas pengendali utama Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad, beliau menyatakan pasukan tersebut kini sedia untuk kembali bangkit melakar kemenangan, walaupun pasrah rekod tanpa kalah itu sudah pun lebur.
Selain itu, Fandi juga menyatakan tiga pemain tonggak mereka iaitu Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik, serta Moud Azrif Nasrulhaq sedia dibawa turun beraksi untuk menghadapi cabaran KL City.
“Semua pemain lebih semangat ketika berlatih dan tiada pemain yang mengeluh kerana misi utama untuk mengutip tiga mata di halaman sendiri. Insya-Allah, harapan kita setiap kali bermain dengan halaman sendiri, kita berusaha untuk mendapatkan tiga mata.
“Tiga pemain iaitu Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik dan Mohd Azrif Nasrulhaq yang tidak beraksi ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 24 Mei lalu, kembali berada dalam senarai kesebelasan utama,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, mereka juga dilaporkan bakal kehilangan tiga pemain untuk perlawanan seterusnya dengan membabitkan Sergio Aguero, Sherzod Fayziev, serta penyerang berbisa mereka iaitu Lucas da Silva.
Malah, khidmat pemain tengah berpengaruh Sri Pahang iaitu Nor Azam Azih juga masih belum dipastikan sama ada sedia untuk dibawa turun atau tidak dalam kesebelasan utama.
“Kita masih mengharapkan Nor Azam Azih bermain tetapi peluang bermain masih 50/50 kerana baru pulih daripada kecederaan.
“Manfaatkan segala peluang yang ada untuk menyekat lawan daripada membawa pulang mata,” katanya lagi dengan penuh semangat.
Witness the thrilling showdown at Darul Makmur Stadium tomorrow! 🏟️✨
Sri Pahang FC vs KL City FC ⚔️#SriPahang#WhereLegendsAreBorn#hakkaclo pic.twitter.com/IELqRUtSPk
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) June 3, 2023
Untuk rekod, Sri Pahang kini unggul di tangga ketiga liga selepas hanya merekodkan satu kekalahan sahaja musim ini untuk mengumpul 25 mata secara keseluruhan.