FAM Umum 26 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Bawah 19 Tahun

Ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak telah mengumumkan senarai nama 26 pemain untuk ke sesi latihan dan pemilihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya serta kem latihan di Muscat, Oman bermula Sabtu ini, 25 Ogos 2018 sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Indonesia, 18 Oktober hingga 4 November depan.

Selepas seminggu berlatih di Wisma FAM, seramai 24 pemain terbaik akan dipilih dan berlepas ke Muscat, Oman pada 1 September untuk kem latihan pusat dan tiga perlawanan persahabatan di sana selama seminggu sebelum pulang ke tanah air pada 10 September 2018.

Bojan juga turut mengumumkan 12 pemain di senarai bawah diminta bersedia untuk menjalani latihan dan menggantikan mana-mana pemain daripada senarai 26 pemain di atas sekiranya mengalami kecederaan.

Bulan lalu skuad bawah 19 tahun negara muncul juara kejohanan AFF di Indonesia setelah menewaskan Myanmar 4-3 di perlawanan akhir.

Nik Akif Syahiran muncul wira apabila jaringan sepakan percumanya itu memastikan kejuaraan menjadi milik Malaysia sekaligus memadam rekod negara yang bergelar naib juara sebanyak lima kali sebelum ini (2003,2005,2006, 2007 dan 2017).

Lebih manis, kejayaan pasukan Malaysia ini diraikan di hadapan presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin serta Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN