FMLLP Lulus Permintaan KAFA Pinda Jadual Lawan JDT, Venue Perak vs KLFA Ditukar

FMLLP dalam siaran media mereka sebentar tadi mengesahkan yang jadual perlawanan kumpulan C melibatkan Kelantan vs JDT akan dipinda (diawalkan).

KAFA meminta tarikh yang baru bagi membolehkan penyokong mereka hadir ke Larkin selepas Hari Raya Aidiladha.

Dalam kenyataan ringkas FMLLP, badan liga bola sepak Malaysia itu menyatakan:

“Pindaan tarikh bagi perlawanan antara pasukan Johor Darul Ta’zim v Kelantan kepada 25 Ogos 2018 (Sabtu) diluluskan setelah permohonan pindaan dibuat oleh pasukan Kelantan pada 20 Ogos 2018.”

“Ini bagi memberi peluang kepada penyokong untuk hadir ke perlawanan yang berkenaan berikutan cuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha.”

“Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira persetujuan bersama pasukan Johor Darul Ta’zim selaku pasukan tuan rumah perlawanan yang berkenaan.”

FMLLP juga mengesahkan venue perlawanan untuk pasukan Perak vs KLFA yang akan berlangsung pada 11 September ini ditukar daripada Stadium Perak di Ipoh ke Stadium Negeri Pulau Pinang.

Dipetik daripada FMLLP, kenyataan media mereka berbunyi:

“Pengesahan venue baharu dibuat setelah mendapat kelulusan pihak pengurusan Stadium Negeri Pulau Pinang.”

“Penggunaan venue baharu pasukan Perak adalah disebabkan Stadium Perak, Ipoh telah ditutup lebih awal untuk persiapan Perasmian Pembukaan SUKMA Perak 2018 yang akan berlangsung pada 11 September 2018.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN