FAM Tunggu Surat Peletakan Jawatan Bibi Ramjani Sebagai Presiden KAFA

MFL

Minggu lalu, Bibi Ramjani Ilias Khan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) setelah menerima desakan daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya masih belum menerima surat rasmi peletakan jawatan tersebut daripada KAFA.

Hal ini kerana KAFA sebagai ahli gabungan perlu mengikut prosedur yang betul untuk memastikan jawatan Presiden badan induk bola sepak negeri itu benar-benar sudah dikosongkan.

“Kami tak dapat lagi (surat rasmi peletakan jawatan) dari KAFA mengenai perkara itu. Selaku badan induk bola sepak negara dengan KAFA adalah ahli gabungan kami, sudah tentu FAM perlu diberi maklum mengenai peletakan jawatan presiden.

“Mungkin mereka belum terima, sebab itu kami juga tidak dimaklumkan secara rasmi. Tapi mengikut peraturan persatuan, hasrat untuk meletakkan jawatan harus melalui tatacara yang betul.

“Malah, peraturan itu juga adalah peraturan sama yang FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) dan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) gunakan untuk semua ahli gabungan di bawahnya. Jadi selagi tak dapat surat rasmi, beliau masih lagi Presiden KAFA sehingga surat rasmi dikeluarkan,” katanya kepada Arena Metro

Kredit: Dunia Sukan

Berikutan kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Bibi Ramjani, tujuh Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) mahu KAFA mengadakan segera mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memilih Presiden baharu.

“Kalau ikut peraturan tak boleh buat EGM selagi tak ada surat rasmi. Saya harap peralihan pucuk pimpinan ini biarlah dilakukan mengikut peraturan KAFA kerana setiap FA mempunyai statut yang berbeza.

“Sekiranya KAFA memerlukan apa-apa bentuk bantuan, FAM sedia membantu kerana mereka adalah ahli gabungan kami,” jelas Stuart Ramalingam.

Perebutan kerusi panas itu ketika ini difahamkan cukup sengit dengan beberapa nama dikaitkan untuk mengisi jawatan berkenaan antaranya Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Selain Rosmadi dan Abdul Rashid, antara calon lain yang disebut-sebut untuk menjadi presiden KAFA ialah Pengerusi Parti Amanah (Amanah) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Ketua PKR Cabang Bachok, Datuk Mohd. Rowi Dollah yang juga Exco KAFA bagi penggal 2018-2021.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN