FAM: Tiada Aduan Tunggakan Gaji Dari Pemain Setakat Ini

Stuart Ramalingam FAM

Untuk kesekian kalinya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menasihatkan kepada mana-mana pemain Liga Malaysia (Liga-M) yang menghadapi masalah tunggakan gaji bersama pasukan masing-masing agar membuat aduan rasmi kepada badan induk bola sepak negara itu.

Bercakap keada Bernama, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan tanpa mendapat aduan rasmi dari pemain, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan ke atas pasukan terlibat kerana tidak memiliki sebarang bukti secara ‘hitam putih’.

Ujarnya sekalipun pihak kerajaan masih menguatkuasakan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membenduk pandemik COVID-19, pemain-pemain boleh membuat aduan rasmi menerusi pelbagai saluran termasuk menggunakan e-mel.

“Kita tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pemain setakat ini.

“Macam kes tunggakan gaji beberapa pemain sebelum ini, mereka perlu kemukakan aduan rasmi kepada kami, dan bukan hanya meluahkan perkara berkenaan di laman sosial masing-masing,” katanya. 

Ujar Stuart, sebelum ini pihaknya sudah pun menegaskan mereka sentiasa bersedia untuk menjadi ‘orang tengah’ dengan berhubung dengan kedua-dua pihak, majikan dan pekerjabagi menyelesaikan masalah.

Isu tunggakan gaji menjadi hangat selepas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa empat pasukan iaitu Kedah, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang perlu melunaskan tunggakan gaji sebelum membuat pemotongan gaji pemain.

Dalam perkembangan lain, FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah memberi bayangan bahawa saingan Liga-M musim ini tidak akan dibatalkankan selepas merangka perancangan teliti untuk meneruskan pertandingan sama ada liga akan bersambung pada bulan Jun, Julai ataupun Ogos.

Kredit Foto: FAM

Baca juga artikel kami yang lain mengenai FAM dan Liga Malaysia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN