FAM Tekad Hasilkan Ramai Pemain Wanita Berkualiti Menerusi Kerjasama Dengan Puma

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) beriltizam akan memastikan pembangunan akar umbi untuk skuad wanita akan memberi kesan positif pada masa akan datang.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan, dengan kerjasama Puma menerusi Active Sports secara tidak langsung akan menarik minat golongan wanita untuk memperluaskan lagi bakat mereka dalam arena bola sepak.

FAM juga yakin dengan pembangunan secara meluruh, mereka dapat melahirkan bakat baharu pemain wanita yang lebih baik dalam pasukan kebangsaan.

“Menerusi kerjasama ini, sudah tentu ia dapat mengangkat kualiti pembangunan bola sepak belia dan wanita negara selain dapat menarik lagi penaja-penaja antarabangsa untuk berkolaborasi bersama FAM,” katanya.

Menerusi kerjasama ini, bola berjenama Puma akan digunakan pada pertandingan Piala Belia, Piala Presiden, Liga Wanita Nasional (LWN) dan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) bagi musim 2023.

Ketika ini, skuad wanita kebangsaan agak ketinggalan berbanding negara jiran dan Malaysia begitu sukar untuk bersaing bersama mereka.

Dengan kerjasama ini, diharapkan pembangunan bola sepak wanita akan benar-benar membuahkan hasil dan Malaysia akan tampil lebih garang dalam kejohanan akan datang.

Bagi Pengurus Besar Puma Malaysia, Steven Tan, beliau melihat kolaborasi ini dapat mempromosikan sukan bola sepak dalam kalangan wanita di Malaysia kerana setakat ini, golongan tersebut masih kurang melibatkan diri dalam sukan paling popular di dunia.

“Selain itu, saya berharap kerjasama ini dapat memberikan motivasi yang tinggi kepada pasukan-pasukan bertanding musim hadapan,” tambah Steven.

Majlis pelancaran bola rasmi pertandingan domestik FAM itu telah berlangsung di outlet Active Sports Centre di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram dan Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM serta Pengasas Active Sports Centre, Tony Annantbir Singh Chopra dan Pengurus Active Sports Centre, S. Murugeson.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN