FAM Tegas Setiap Pasukan Pembangunan Wajib Bertanding Musim Hadapan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun menegaskan kepada semua kelab yang menyertai saingan Liga Super supaya tidak mengambil mudah mengenai pasukan pembangunan untuk musim hadapan.

Pasukan pembangunan berkenaan ditegaskan wajib untuk menyertai saingan Piala Belia dan Piala Presiden anjuran FAM dengan tidak ada mana-mana kelab terlepas pandang atau sebarang alasan diberi untuk tidak sertainya.

Perkara tersebut ditegaskan sendiri menerusi Mohd Firdaus Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM yang jelas menyatakan setiap pasukan perlu membuat persediaan sebaik mungkin.

“Tahun depan semua pasukan wajib untuk hantar pasukan dalam Piala Presiden dan Piala Belia kerana perkara itu memang dah ada dalam peraturan sedia ada.

“Pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia di Liga Super wajib menghantar pasukan pembangunan dalam liga anjuran FAM kerana ini adalah sebahagian daripada komitmen menyediakan landskap bola sepak yang lengkap dari atas hingga bawahan,” katanya kepada Arena Metro.

Menerusi rekod musim ini, hanya dua kelab yang tidak menghantar pasukan pembangunan mereka dalam saingan anjuran FAM tersebut iaitu Kelantan dan Perak.

Jika dilihat pada peraturan, sebenarnya FAM boleh memberi denda kepada pasukan-pasukan tersebut yang gagal untuk mematuhi syarat diletakkan.

Pada masa sama, Firdaus juga menyatakan beberapa perubahan atau rombakan sudah dibuat mengenai dua pertandingan tersebut dengan had umur telah ditetapkan semula.

Untuk saingan Piala Belia dan Presiden pada musim hadapan, had umur telah pun diselaraskan semula mengikut kitaran ditetapkan oleh pertandingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Jawatankuasa Pertandingan FAM bersetuju untuk mengubah had umur kedua-dua pertandingan mulai musim 2023 bagi memastikan ia dapat memenuhi objektif untuk menyediakan pemain bagi menyertai pertandingan peringkat umur AFC dan juga AFF.

“Jawatankuasa Pertandingan FAM juga dalam perancangan untuk mengubah semula struktur pertandingan sedia ada yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Ia supaya kembali diperkasakan dengan dapat memberi lebih jumlah perlawanan dan minit permainan, demi pembangunan dan perkembangan pemain muda supaya mereka lebih bersedia untuk beraksi di peringkat lebih tinggi dalam saingan domestik dan pentas antarabangsa,” katanya.

Oleh sebab itu, untuk saingan Piala Presiden selepas ini had umur telah ditetapkan kepada B-20 berbanding B-21 sebelum itu serta Piala Belia dari B-19 kepada B-18.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN