PFAM, Pengamal Media Dan Footgolf

Footgolf PFAM

Dalam industri sukan bola sepak, pemain profesional dan media adalah dua perkara yang sangat berkait rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Bagi memastikan hubungan baik di antara kedua-dua pihak dapat dikekalkan, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) telah menganjurkan kejohanan Footgolf PFAM Bersama Media 2022 yang berlangsung di Footgolf Malaysia, Bukit Jelutong pada Sabtu.

Pertandingan yang dianjurkan buat julung kalinya itu disertai oleh beberapa kumpulan media yang turut diwakili oleh pengacara sukan terkenal seperti Abu Bakar Atan, Hafizal Hamad dan Hanif Miswan.

Turut hadir memeriah kejohanan dua bekas pemain profesional iaitu Fitri Shazwan Raduwan dan Fauzan Dzulkifli yang pernah mewakili skuad Selangor.

Para peserta terdiri daripada enam kumpulan iaitu Suara Emas, Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) A, SAM B, Bernama, AEQ FG dan Semuanya BOLA.

Apa itu Footgolf?

Footgolf adalah sukan yang menggabungkan antara bola sepak dan golf. Jika sukan golf dimainkan dengan memukul bola menggunakan tangan dan kayu, footgolf pula dimainkan dengan cara sepakan bola menggunakan kaki.

Bola pula adalah bola yang biasa digunakan dalam bola sepak berbanding golf yang menggunakan bola kecil. Namun ia menggunakan peraturan yang sama dengan sukan gol di mana matlamat utama adalah untuk memasukkan bola ke dalam lubang.

Apa yang menjadikan sukan ini menarik adalah bola sepak dimainkan di atas padang gol yang mempunyai rekabentuk yang unik, berbukit, semak, pokok dan kolam sebagai halangan.

Maka untuk memasukkan bola ke dalam lubang yang dituju, ia memerlukan kemahiran yang berbeza dengan permainan bola sepak yang biasa.

Peraturan dan kiraan mata adalah sama seperti sukan golf yang terdiri daripada beberapa terma seperti par, birdie, bogey, eagle, hole in one dan sebagainya.

Untuk satu permainan penuh yang mempunyai 18 lubang pemain yang mampu membuat sepakan paling sedikit untuk memasukkan bola ke dalam lubang akan dikira sebagai pemenang.

Suara Emas, Hanif Miswan Juara Edisi Sulung

Pasukan Suara Emas muncul juara kategori berpasukan. Manakala gelaran naib juara dirangkul oleh pasukan SAM A sementara AEQ FG berpuas hati di kedudukan ketiga.

Bagi kategori individu pula, pemain Suara Emas, Hanif Miswan mengungguli saingan selepas mengatasi cabaran wakil AEQ FG, Fauzan Dzulkifli di tempat kedua dan seorang lagi pemain SE Wan Nazrul Aisham menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Dalam ucapannya, Ketua Pengawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail menjelaskan aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan merapatkan hubungan antara PFAM bersama pengamal media.

“Dalam pada masa yang sama, ia juga bertujuan memupuk semangat kesukanan dan ukhwah dan Insyaallah selepas ini PFAM akan mengadakan lebih banyak lagi program seumpama ini,” kata Izham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN