FAM Ucap Terima Kasih Atas Sumbangan Peribadi RM4 Juta Sultan Johor

Minggu lalu, wakil kami menyertai satu forum anjuran Kumpulan Utusan. Datuk Seri Subahan Kamal menggariskan isu kekurangan dana sebagai halangan utama untuk FAM melaksanakan beberapa program dan juga beberapa perbelanjaan lain.

Hari ini, pihak FAM berbesar hati menerima sumbangan daripada baginda DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang bermurah hati mendermakan RM4 juta kepada FAM sebagai sumbangan peribadi.

Baginda memang dikenali dengan sikap pemurah dan seorang sultan yang disenangi rakyat.

Wang yang ada boleh digunakan FAM untuk membiayai perbelanjaan skuad B-22 kebangsaan yang melayakkan diri ke Piala AFC B-23 2018.

Ia ibarat bonus kepada anak-anak muda yang telah berjaya mengharumkan nama negara. Dan selebinya akan digunakan untuk program lain.

FAM dalam satu kenyataan ringkas menerusi Dato’ Hamidin Mohd Amin berkata:

“Saya dan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor atas kurnia sumbangan baginda berjumlah RM4 Juta kepada FAM.”

“Sumbangan ini adalah sebahagian pemberian bonus kepada pasukan kebangsaan Bawah-22 yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China.”

“Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya.”

Kami di semuanyaBOLA mewakili peminat bola sepak Malaysia, mengucapkan terima kasih di atas kemurahan hati Tuanku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN