FAM Sokong Tindakan MFL Untuk Tingkatkan Kualiti Pengadil Di Malaysia

Pengadil

Isu kualiti pengadil dalam saingan Liga Malaysia sering kali menjadi bahan kritikan penyokong pasukan di negara kita ini.

Setiap minggu, pasti akan ada sahaja perkara yang menjadi kritikan para peminat bola sepak di negara kita mengenai kualiti pengadil di Liga Malaysia.

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menzahirkan sokongan kepada Malaysia Football League (MFL) mengenai tindakan badan induk liga negara kita untuk meningkatkan kualiti pengadilan.

Menurut Setiausaha Agung FAM iaitu Stuart Ramalingam, pihak FAM sememangnya cukup menyokong tindakan MFL ini yang bertujuan untuk memperbaik mutu bola sepak di negara kita.

Kata Stuart lagi, tindakan MFL ini juga bertepatan dengan pelan 30 perkara yang dibawa dalam teras oleh Presiden FAM iaitu Dato’ Hamidin Mohd Amin.

“Program pembangunan pengadil profesional ini merupakan satu salah daripada 30 perkara teras kepimpinan Dato’ Hamidin Mohd Amin sewaktu dilantik menjadi Presiden FAM Julai lalu.”

Dalam masa yang sama, Stuart mengatakan pihak FAM sedia untuk memberikan kerjasama kepada MFL untuk membincang serta memperhalus perlaksanaanya di masa akan datang.

FAM mahu memberikan kerjasama dari segi teknikal dan juga perlaksanaan agar hasrat MFL memperhebat kualiti pengadilan di negara kita menjadi kenyataan.

MFL sebelum ini menyatakan pelan untuk mewujudkan badan pengadil secara profesional dengan menjadikan Professional Game Match Official Limited atau PGMOL yang diwujudkan di England sebagai panduan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN