Richarlison Akui Ditolak Begitu Banyak Kelab Sebelum Tiba Di Everton

Sejak hadir ke England untuk bermain bersama Watford sebelum pada musim lalu, Richarlison menjadi antara pemain yang menjadi tumpuan dari pasukan tersebut.

Aksi memukau beliau telah mendapatkan dirinya tempat sebagai pemain Everton musim ini.

Tetapi sebelum kejayaan itu, beliau mengharungi detik sukar dalam permulaan kariernya.

LIVERPOOL, ENGLAND – AUGUST 04: Richarlison de Andrade of Everton during the Pre-Season Friendly between Everton and Valencia at Goodison Park on August 4, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Lynne Cameron/Getty Images)

Menurut laman Liverpool Echo, pemain muda Brazil itu mengatakan dirinya hampir saja mahu berputus asa kerana sering kali ditolak oleh pelbagai kelab.

“Saya sudah mula untuk berputus asa dengan bola sepak, tetapi saya gagahkan diri dan pergi ke Belo Horizonte dengan duit yang cukup-cukup untuk beli tiket perjalanan ke sana sahaja.”

“Waktu itu, saya adalah ujian percubaan dengan kelab bernama America MG. Jika saya gagal, saya tak akan ada duit untuk balik ke rumah.”

Tindakan yang dilakukan oleh Richarlison cukup berani, kerana beliau meninggalkan rumah beliau yang terletak di Espiritu Santo yang sejauh 600 kilometer.

LIVERPOOL, ENGLAND – AUGUST 18: Richarlison of Everton goes down injured during the Premier League match between Everton FC and Southampton FC at Goodison Park on August 18, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Mujur pengorbanan itu membuahkan hasil, beliau diterima dan tinggal di rumah bapa saudaranya yang lebih dekat dengan padang latihan.

“Jari saya tak cukup untuk beritahu kepada anda berapa banyak kelab yang telah menolak saya sebelum ini.”

Kesukaran yang dihadapi oleh Richarlison jelas mengajar beliau untuk lebih banyak bersabar.

Kerana kejayaan itu akan hadir kepada mereka yang bersabar dan setia menanti.

“Saya belajar yang kita perlu sabar dan terus percaya untuk mencapai sasaran yang kita mahu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN