FAM Serah Kertas Kerja Projek Naturalisasi Kepada Menteri Dalam Negeri

Kelmarin, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, mengetuai delegasi FAM melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Putrajaya.

Delegasi FAM terdiri daripada Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM dan Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam

Kunjungan hormat itu bertujuan membincangkan perancangan masa depan FAM menerusi peta hala tuju F:30 serta elemen-elemen utama ke arah mencapai wawasan itu, termasuk proses naturalisasi untuk pemain asing dan warisan.

FAM turut menyerahkan kertas kerja projek naturalisasi yang mengandungi syarat dan status FIFA, polisi Kerajaan Persekutuan, kontrak dan yuran perpindahan, kes-kes contoh, maklum balas daripada pemegang taruh serta peraturan pertandingan tempatan.

Peta Hala Tuju dan projek naturalisasi adalah antara agenda Dato’ Haji Hamidin sejurus dipilih sebagai presiden FAM pada Julai 2018.

FOTO: FAM

“Projek naturalisasi ini bukan agenda utama FAM tetapi ia adalah antara usaha jangka masa pendek, sederhana dan panjang untuk melonjakkan standard skuad kebangsaan tanpa mengetepikan program-program pembangunan yang sedia ada.

“Kami mengambil kesempatan membincangkan proses naturalisasi kepada Tan Sri memandangkan Tan Sri mempelopori projek menaturalisasikan atlet seperti Yuan Yufang (olahraga), Irina Maharani (menembak) dan Hidayat Hamidon (angkat berat) untuk Sukan Komanwel 1998.

“Pada masa yang sama FAM membincangkan hala tuju dan perancangan strategik dalam sesi dua hala dengan Tan Sri,” kata kenyataan Dato’ Haji Hamidin dalam laman facebook FAM.

FOTO: FAM

Difahamkan, beberapa nama sudah disenarai pendek sebagai calon pemain naturalisasi negara, antaranya Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi dan Michael Ijezie.

Bagaimanapun, mereka berdepan kerumitan untuk proses naturalisasi membabitkan De Paula atau Ijezie kerana kedua-dua pemain itu pernah meninggalkan Malaysia dalam tempoh beberapa bulan sejak masing-masing mula menetap di sini.

De Paula, yang mula berada di Malaysia pada tahun 2015, menyertai kancah liga Greece pada tahun 2016 sebelum kembali ke tanah air pada tahun yang sama.

Namun, berdasarkan syarat FIFA, seseorang pemain itu perlu tinggal di Malaysia secara berterusan selama lima tahun selepas berusia 18 tahun untuk mendapatkan status naturalisasi.

Keliru dengan situasi De Paula dan Ijezie, FAM akan merujuk kepada FIFA untuk mendapatkan kepastian.

“Kadang-kadang pemahaman (terhadap peraturan FIFA) boleh bercanggah, pemahaman FAM mungkin berbeza dengan FIFA.

“FAM cuba mencari masa untuk mengadakan mesyuarat dengan FIFA agar kami mendapatkan gambaran jelas,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam Stadium Astro

Setakat ini, Malaysia sudah memiliki seorang pemain naturalisasi, iaitu pemain sayap kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh, yang membarisi skuad negara di pentas Piala AFF 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN