Danny Rose: Liverpool Mengajar Kami Bahawa Ianya Belum Berakhir Selagi Tidak Tamat

Danny Rose menyatakan pasukan mereka – Tottenham Hotspur – menjadikan Liverpool sebagai inspirasi kebangkitan ketika menentang Ajax Amsterdam.

Liverpool bermain 24 jam lebih awal daripada mereka dan melakukan kebangkitan luar biasa ke atas Barcelona. Skuad bimbingan Mauricio Pochettino berjaya bangkit pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 3-0 secara agregat.

Spurs memulakan perlawanan dengan teruk. Mereka melepaskan 2 gol kepada pasukan lawan.

Hatrik Lucas Moura memastikan Spurs mara dengan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat 3-3 secara agregat. Paling dramatik adalah gol ke-3 Lucas Moura dijaringkan pada saat-saat (bukan minit) akhir perlawanan.

Ajax pastinya menyalahkan diri mereka sendiri kerana gagal menyempurnakan beeberapa lagi peluang gol terutamanya menerusi Hakim Ziyech.

Danny Rose antara pemain yang cemerlang dalam membantu Spurs bangkit pada separuh masa kedua.

Beliau berkata kepada BT Sport: “Kami menonton aksi Liverpool semalam. Ianya menunjukkan kepada semua bahawa, ianya tidak akan berakhir sebelum [wisel] penamat. Kami mendengar kata-kata itu daripada seseorang sebelum kami meninggalkan hotel.”

“Kami kecewa dengan cara kami bermain pada perlawanan pertama dan juga aksi separuh masa pertama di sini. Kami mendengar beberapa taklimat pada rehat separuh masa.”

“Saya yakin, jika kami bermain seperti ini, kami mampu menewaskan sesiapa sahaja.”

“Saya berbangga dengan pasukan ini. Kami berada di tangga ke-4 liga dan ramai mengkritik kami. Namun akhirnya kami berada di final UCL.”

Kapten Spurs, Hugo Lloris juga mengakui mereka mendapat inspirasi daripada kebangkitan Liverpool ke atas Barcelona.

Ini adalah kali pertama Spurs mara ke final pertandingan Eropah selepas aksi final Piala Uefa 1984.

Tottenham Hotspur akan berhadapan dengan Liverpool dalam aksi final Inggeris.

Sebagai rekod, Spurs tidak pernah menjuarai kejuaraan UCL. Manakala Liverpool sekali lagi dalam misi mencari trofi UCL ke-6 selepas dikecewakan Real Madrid musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN