“FAM Sentiasa Terbuka Dalam Menerima Kritikan” – Saaran Nadarajah Menyambut Baik Pandangan TMJ Sebelum Ini

Tiada tindakan akan diambil buat Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) atas kritikan yang dibuat sebelum ini kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan skuad kebangsaan pada satu wawancara khas baru ini.

Saaran Nadarajah selaku Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang FAM telah menjelaskan apa yang diulas oleh TMJ sebelum ini adalah pandangan peribadi beliau sendiri yang sebelum ini pernah menjadi mantan presiden badan induk tersebut.

Tambah beliau, apa yang diperkatakan oleh Tunku Ismail lebih pada kritikan membina buat badan induk tersebut dan berdasarkan pengalaman TMJ sendiri yang pernah menerajui FAM sebelum ini.

“FAM sentiasa terbuka dalam menerima kritikan dan sebab itulah kita telah meminda Artikel 88 dalam Statut FAM ke Artikel 82 pada tahun 2020 bagi memberi kelonggaran kepada mereka yang membuat kritikan membina untuk kebaikan dan kemajuan bola sepak kita.

“FAM buat masa ini menganggap Artikel 61 dalam Kod Tatatertib FAM dan juga Artikel 82 dalam Statut FAM masih relevan dan berfungsi dengan baik,” katanya pada Berita Harian.

Beberapa pemerhati bola sepak sebelum itu ada mempertikaikan mengapa tiada tindakan dibuat terhadap TMJ seperti yang dibuat kepada mana-mana individu lain yang pernah dikenakan kerana mengkritik badan induk tersebut.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Sebelum itu, Kamaruddin Abdullah yang pernah menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM ada mengatakan TMJ patut diambil tindakan seperti penggantungan atau denda kerana mengkritik organisasi utama bola sepak negara itu.

Pada masa sama, Saaran turut menegaskan pihak FAM akan terus memantau dengan lebih mendalam terhadap mana-mana individu yang berniat untuk memburukkan badan induk tersebut atau memberi komen yang melampaui batas.

“Pihak Jawatankuasa Tatatertib FAM tetap akan memantau situasi semasa jika terdapat mana-mana pegawai pasukan atau pemimpin persatuan dan juga kelab lain yang mengeluarkan komen atau kenyataan yang berniat jahat atau melampaui batas,” katanya.

Dalam wawancara sebelum ini, TMJ dengan lantang mempertikaikan beberapa tindakan FAM yang dianggap lemah seperti persediaan skuad kebangsaan, hubungan komunikasi media FAM yang tidak telus, serta memberi penjelasan mengenai isu pelepasan pemain seperti Mohamadou Sumareh.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN