FAM Sedia Calonkan Jaringan Herold Goulon Ke Anugerah PUSKAS

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menimbangkan untuk mencalonkan jaringan pemain import Pahang, Herold Goulon ke Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut setiausaha agung FAM, Stuart Ramalinggam, pihaknya sedang menunggu persetujuan daripada Goulon dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sebelum menghantar borang pencalonan ke FIFA.

Stuart turut menyifatkan jaringan sepakan percuma jarak jauh daripada pemain dari Perancis itu memang layak untuk dicalonkan kerana ia merupakan gol yang luar biasa dan jarang berlaku.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada jawatankuasa teknikal yang akan menilai gol berkenaan sama ada bersesuaian atau sebaliknya dicalonkan ke Anugerah Puskas FIFA.

“FAM perlu mendapat persetujuan daripada pemain dan PBNP dahulu sebelum menghantar borang pencalonan namun jika melihat kepada gol terbabit sememangnya jarang berlaku dan agak sukar untuk berbuat demikian,” katanya dalam Arena Metro.

Sementara itu, sumber daripada PBNP berkata, ahli jawatankuasa persatuan itu akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk membuat keputusan mengenai pencalonan tersebut.

“Setakat ini, tiada sebarang keputusan kerana belum ada perjumpaan untuk mencalonkan jaringan pemain pertahanan import itu (Goulon) ke Anugerah Puskas FIFA,” katanya.

Jaringan tersebut bukan sahaja menjadi bualan peminat bola sepak dari seluruh dunia tetapi turut menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan jaringan itu layak dihantar untuk pencalonan Anugerah Puskas 2019.

Kata-kata baginda itu diceritakan sendiri oleh jurugambar rasmi istana, Abdul Rahim Othman, ketika mengiringi Sultan Abdullah berjalan menuju ke pesawat peribadi di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Ketika koi (saya) berjalan mengiring Yang di-Pertuan Agong menuju pesawat, baginda sempat titah tanya koi, ‘Haji Rahim, Kamu tengok bola semalam?.

“Tuanku terus titah gol ketiga (perlawanan) memang cantik sambil mengangkat ibu jari.

“Baginda turut bertitah gol berkenaan layak dicalonkan bagi Anugerah Puskas,” katanya seperti dipetik dalam Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN