FIFA Tolak Perpindahan Luis Gustavo Camilo Ke Terengganu FC

Hasrat penyokong skuad Terengganu FC untuk melihat kelibat pemain import baharu dari Brazil, Luis Gustavo Camilo beraksi bersama pasukan mereka tidak menjadi kenyataan kerana gagal memperolehi sijil perpindahan antarabangsa (ITC).

Menurut kenyataan media di laman web Terengganu FC, pendaftaran Camilo ditolak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan kelab pemain itu, Feroviaria FC gagal melengkapkan dokumen penting yang diperlukan.

“Kedua-dua pasukan berjaya mencapai persetujuan perpindahan Camilo secara pinjaman beberapa minit sebelum sistem ditutup.

“Namun pengurus Transfer Macthing System (TMS) daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak sempat membuat permohonan secara atas talian selepas 30 saat TMS ditutup kerana kesuntukan masa.

“FIFA turut menolak permohonan manual disebabkan gagal mengemukakan satu dokumen selain memohon di luar waktu dibenarkan,” kata kenyataan daripada Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Justeru itu, Terengganu FC terpaksa menggunakan khidmat pemain daripada pasukan ‘feeder club’, Terengganu FC II bagi menggantikan tempat Camilo mengharungi baki saingan Liga Super.

“Antara perancangannya mendaftarkan Dechi Marcel ataupun SerhiAndrieiev di mana-mana posisi diperlukan dalam memperkuatkan pasukan serta mencukupkan kouta pemain asing iaitu 3 + 1 + 1. Oleh yang demikian, TFC akan tetap bermain 5 orang pemain asing.

“Bertemu Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019, TFC terpaksa bermain dengan 4 orang pemain asing disebabkan Dechi Marcel telah menerima kad merah dan digantung automatik 1 perlawanan. Soalnya tidak timbul kerugian kepada pasukan TFC kerana ianya peraturan telah ditetapkan,” jelas kenyataan tersebut.

Mereka juga turut membuat permohonan khas kepada badan pentadbir Liga iaitu Malaysia Football League (MFL) beberapa hari selepas keputusan FIFA agar MFL mempertimbangkan pendaftaran khas untuk membolehkan pemain yang telah mempunyai ITC di Malaysia didaftarkan.

“Permohonan ini dibuat oleh kerana FIFA telah membuat keputusan dan dilihat adalah wajar permohonan ini dipertimbangkan walaupun jendela perpindahan telah ditutup pada 29 Mei 2019 yang lalu. Ianya merupakan kes terpencil dan semua pihak sememangnya tidak inginkan perkara ini berlaku,” katanya.

Jika diluluskan, Terengganu FC melalui Mohd Nafuzi Zain telah mempunyai calon yang bersesuaian mengalas tanggungjawab itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN