FAM Sahkan Saingan MPFL Akan Kembali Januari 2022

MPFL

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan yang saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) akan kembali dipertandingkan tahun hadapan.

Selepas dua tahun menyepi, kejohanan tersebut akan dilaksanakan semula pada Januari 2022 selepas FAM menimbangkan permintaan peminat futsal yang dahagakan aksi-aksi menarik dari sukan itu.

RASMI: FAM Batalkan Saingan MPFL 2021

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, kejohanan MPFL akan dianjurkan semula pada selama tiga bulan.

“Kesemua kategori iaitu wanita dan lelaki akan diadakan dan ianya akan dimulakan pada Januari,” ujar Yusoff ketika bercakap kepada media di Wisma FAM tadi.

Difahamkan yang saingan MPFL ini akan bermula 8 Januari sehingga 13 Mac 2022 dengan dijangka format yang sebelum ini digunapakai.

Pihak FAM juga tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai penganjuran MPFL ini.

3 kejohanan lain turut kembali

Dalam masa yang sama, Yusoff juga mendedahkan yang tiga lagi kejohanan bakal membuat kemunculan semula iaitu Piala Presiden, Piala Belia dan Piala Tun Sharifah Rodziah.

Selepas ianya tidak diadakan untuk tempoh yang sama dengan MPFL, Yusoff mengatakan yang sudah tiba masa untuk tiga kejohanan ini diadakan semula.

Namun begitu, ianya memerlukan persetujuan dari pihak persatuan bola sepak negeri dan kelab untuk membolehkan ianya diadakan dengan baik.

“Pasukan belia dan presiden ini dibawah kendalian kelab (FC), tetapi pihak persatuan bola sepak negeri (FA) mahu menguruskan pasukan kerana selepas pemisahan FC dan FA, pihak FA tiada lagi aktiviti berkaitan bola sepak yang hendak diurus.”

“Jadi, kami serahkan kepada kedua-dua entiti untuk berbincang terlebih dahulu untuk mencari kesefahaman antara mereka.”

Walaupun memberi kelonggaran sebegitu, tetapi Yusoff berkata yang pasukan belia dan presiden masih lagi dibawah kendalian kelab kerana ianya bersangkut paut dengan perlesesan kelab yang telah ditetapkan.

Leave a Reply