FAM Sahkan Perlawanan Persahabatan Menentang Hong Kong Ditunda

Sumareh Malaysia Indonesia 2

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui satu kenyataan pada hari ini mengesahkan perlawanan persahabatan diantara skuad Harimau Malaya menentang Hong Kong pada 15 Oktober akan ditunda ke tarikh lain.

Pengesahan tersebut dilakukan selepas FAM menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) untuk memaklumkan perkara tersebut, selepas perkara keselamatan menjadi isu utama di negara tersebut.

Menurut kenyataan itu, FAM terlebih dahulu telah mencadangkan kepada HKFA agar perlawanan tersebut diteruskan tetapi diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Aksi Harimau Malaya Bertemu Hong Kong 15 Oktober 2019 Ditunda Ke Tarikh Lain

Perlawanan Antarabangsa Tier 1, Hong Kong…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Wednesday, September 25, 2019

Namun kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan mengenai perkara tersebut, lantas menyebabkan FAM memutuskan agar perlawanan tersebut ditangguhkan ke tarikh lain.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe sepatutnya beraksi dalam tiga perlawanan antarabangsa sepanjang Oktober ini.

Perlawanan pertama ialah perlawanan pemanas badan berhadapan Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum pasukan negara bertandang ke Ho Chin Minh untuk berhadapan Vietnam di perlawanan Kumpulan G, perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 10 Oktober.

Harimau Malaya kemudiannya dijadualkan akan ke Hong Kong selepas itu untuk memanfaatkan sepenuhnya jadual kalenda antarabangsa oleh FIFA.

Tiada tarikh baharu dinyatakan untuk penangguhan tersebut setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN