FAM Rancang 3 Perlawanan Persahabatan Sebagai Persediaan Menentang Hong Kong

Pihak FAM merancang untuk mewujudkan 3 perlawanan persahabatan sebagai persediaan skuad Harimau Malaya untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong.

Pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal berkata, perlawanan-perlawanan tersebut diadakan bagi memberikan persediaan rapi kepada skuad kebangsaan dalam usaha memperoleh 3 mata menentang Hong Kong.

Setakat ini, 2 perlawanan telah disahkan oleh pihak FAM tetapi ia akan dilangsungkan di gelanggang lawan.

Perlawanan pertama adalah menentang Macau pada 25 Ogos.

Kemudiannya mereka akan terbang ke Yangon untuk perlawanan persahabatan kedua menentang Myanmar pada 29 Ogos.

Satu lagi perlawanan yang sedang dirangka oleh FAM adalah perlawanan menentang Syria yang akan dilangsungkan di Melaka.

Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Hal ini kerana, Syria akan menentang Qatar dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat pada 31 Ogos.

Buat masa ini, Syria bermain di Melaka dek kerana keadaan negara mereka yang masih belum stabil dengan peperangan.

“Kami masih lagi sedang merancang dengan Syria untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan bersama mereka.”

“Hal ini kerana, mereka akan ada perlawanan di Melaka jadi eloklah kita cuba dapatkan mereka untuk perlawanan persahabatan.”

Subahan berkata, keputusan untuk beraksi di Melaka ada kerana stadium di Kuala Lumpur ketika itu sedang digunakan untuk aksi temasya Sukan SEA.

Sumber: 

  1. Goal (2017): Malaysia’s Asian Cup qualifying match against Hong Kong at home will be held outside of Klang Valley and Johor, according to the Malaysian FA.; http://www.goal.com/en-my/news/3896/malaysia/2017/07/11/36986992/three-friendlies-planned-for-malayan-tigers?ICID=SP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN