FAM Pilih SNBJ Sebagai Gelanggang Rasmi Piala AFF 2022

Segala persoalan mengenai lokasi rasmi untuk skuad Harimau Malaya beraksi dalam saingan Piala AFF 2022 telah pun terjawab setelah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), telah pun mengeluarkan kenytaan rasmi.

FAM telah memberi keputusan rasmi mereka sebentar tadi dengan memilih Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai lokasi rasmi mereka untuk saingan tersebut pads tahun ini.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini secara rasmi mengumumkan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai gelanggang sendiri bagi skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 bermula 20 Disember 2022,” jelas kenyataan tersebut.

Selain aksi Piala AFF yang bakal beraksi di sana, satu lagi perlawanan tier 1 yang melibatkan Malaysia turut bakal berlangsung di sana pada 9 Disember ini untuk bertemu Kemboja.

Namun untuk aksi persahabatan bertemu Maldives pada 14 Disember ini, perlawanan tersebut tidak akan berlangsung di SNBJ, sebaliknya Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dipilih sebagai lokasi rasmi.

“Selain itu, Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja pada 9 Disember 2022 sebagai persiapan pasukan juga akan berlangsung di Stadium Nasional.

“Bagaimanapun, satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Maldives pada 14 Disember 2022 akan diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras,” tambah kenyataan itu lagi.

Pada masa sama, FAM turut mengucapkan rasa terima kasih mereka kepada Yang Berhormat, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu kerana disebabkan keprihatinan dan persetujuan beliau untuk membenarkan penggunaan Stadium Nasional sebagai ‘Home of Harimau Malaya’ bagi kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

“Kami sedia maklum mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan akan mengambil langkah bersama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam usaha memastikan kualiti padang berada pada tahap memuaskan pada perlawanan-perlawanan yang telah dijadualkan itu nanti.

“Kepada penyokong Harimau Malaya, kami berharap agar aura Stadium Nasional yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu akan dapat diteruskan lagi pada perlawanan-perlawanan yang akan datang ini,” jelas Noor Azman Hj Rahman selaku Setiausaha Agung FAM.

Sebelum itu, Azman mengakui yang terdapat sedikit kelewatan dalam mengesahkan stadium mana yang bakal dipilih untuk aksi Piala AFF menentang Laos dan Singapura.

”Sepatutnya lokasi telah pun diumumkan pada Selasa, namun kerana ada beberapa perkara lain yang perlu diambil kira, jadi terdapat kelewatan dalam pengumuman itu.

”Kami minta sehingga hari Sabtu baru boleh pengumuman rasmi boleh dilakukan,” kata Azman menerusi artikel Semuanya BOLA sebelum itu.

Empat stadium yang telah disebut-sebut sebelum itu untuk saingan Piala AFF ini ialah Stadium Bolasepak Cheras, Stadium Hang Jebat, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN