FAM Pertahan Tindakan Shukor Adan Kemuka Afidavit Tuntut Gaji

Rakyat United

Tindakan Shukor Adan menyerahkan afidavit kepada FAM mengenai tuntutan hak gaji dan bonus tertunggak ketika bersama Melaka United musim lalu telah membuatkan bekas majikannya itu tidak senang duduk.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Damian Yeo dalam ciapannya di laman Twitter menempelak tindakan Shukor itu yang dianggap cuba ‘bermain api’ dengan pihaknya sedangkan beliau mendakwa sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Namun begitu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagaimanapun bertindak mempertahankan tindakan bekas kapten skuad kebangsaan itu yang dianggap mengikut saluran yang betul dalam menuntut haknya.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam kenyataannya kepada Stadium Astro menegaskan, sekiranya proses perbincangan di antara pemain dan pasukan tidak mencapai kata sepakat, Shukor sebagai seorang pemain profesional berhak untuk mengemukakan aduan kepada badan induk bola sepak negara itu.

“Proses yang dilakukan Shukor adalah betul. Setiap tindakan yang diambil adalah hak pemain tersebut. Hutang tetap hutang tidak mengira RM1 atau RM100,000.

“Jika perbincangan awal telah dilakukan dan pemain masih tetap tidak berpuas hati, mereka berhak untuk mengambil tindakan dan mengetengahkan hal ini kepada pihak FAM.”

Oleh yang demikian, Stuart sekali lagi mengingatkan kepada MUSA dan semua badan gabungan FAM mengambil serius mengenai tanggungjawab mereka untuk melangsaikan hutang kepada semua pemain atau bekas pemain mereka.

Laporan sebelum ini mendedahkan seramai 14 bekas pemain Melaka United masih belum menerima tunggakan gaji dan Shukor Adan boleh dikatakan cukup lantang dalam menyuarakan masalah tersebut secara terbuka.

MUSA sebelum ini telah melarang mana-mana bekas pemain mereka mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi di media atas alasan menghormati kontrak.

Agak ironi apabila ada majikan yang ‘tergamak’ untuk memberi amaran kepada pekerjanya supaya menghormati kontrak sedangkan mereka sendiri sudah pun ‘melanggar kontrak’ dengan tidak membayar gaji.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN