FAM Perlu Pilih Pemain Kacukan Berkualiti Sahaja Buat Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu menilai serta meneliti sebaik mungkin lambakan pemain yang mempunyai darah kacukan di luar negara ketika ini sebelum didaftarkan buat pasukan kebangsaan.

Terdahulu, isu pemain luar yang mempunyai pertalian darah bersama Malaysia tiba-tiba kembali hangat diperkatakan kembali dalam kalangan penyokong skuad kebangsaan sebagai satu usaha baharu menaikkan martabat bola sepak negara di pentas antarabangsa.

Ini kerana, tampilnya laman Future Talents di Instagram yang memperkenalkan ramai pemain memiliki pertalian darah bersama Malaysia beraksi di luar negara.

Lebih menarik, ada sesetengah pemain dilihat sebagai prospek besar kerana masih muda serta beraksi bersama kelab gergasi di Eropah untuk dijadikan calon buat Harimau Malaya pada masa hadapan.

Antara yang menarik pastinya terarah kepada Naim Garcia yang kini beraksi untuk Barcelona di Sepanyol bersama statistik cukup baik untuk dijadikan prospek skuad kebangsaan.

Selain Naim, beberapa lagi pemain yang masih muda dilaporkan memiliki pertalian darah bersama Malaysia turut mewakili kelan gergasi seperti Manchester City, Manchester United, PSV Eindhoven dan ramai lagi untuk diintai oleh FAM.

Walaupun begitu, pemerhati bola sepak negara iaitu Mohd Fauzi Pilus berharap supaya penilaian lebih rapi turut dibuat FAM untuk mengelak daripada mendapatkan pemain berdarah kacukan tidak berkualiti.

“Tapisan diperlukan untuk mendapatkan pemain yang berkualiti. Bukan sekadar dengar info daripada apa-apa sumber kerana mereka mesti dilihat dan diteliti dengan kualiti yang sebenar walaupun bermain di liga mana sekalipun.

“Kalau tengok video sahaja, mujur nasib baik jika kita dapat yang baik. Kalau tidak, kita akan dapat yang sekadar indah khabar dari rupa. Jadi kita perlukan pemain berbakat yang benar-benar boleh diharapkan dan boleh bekerjasama dengan kita.

“Kita perlukan data yang berterusan dan benar-benar jelas atas sesuatu pemain. Jadi ini memudahkan untuk kita menilai setiap datanya. Tiada lagi istilah ‘percubaan’ kerana ini tidak sesuai untuk konteks dalam liga profesional,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, Fauzi turut menyifatkan kehadiran ramai pemain kacukan ini menjadi manfaat buat pasukan kebangsaan untuk dibentuk lebih kukuh pada masa hadapan.

“Apa sahaja peluang yang ada untuk menguntungkan skuad kebangsaan, kita perlu cuba kerana ini menambahkan lagi pilihan yang kita ada.

“Dengan kualiti yang semakin ramai, barisan kejurulatihan akan memberi penilaian yang betul-betul teliti.

“Dengan ini, kesebelasan utama dan juga di bangku simpanan dapat berada pada standard yang sama. Ini juga peluang menyegarkan pasukan dan memberi impak bagi jangka masa panjang,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN