Pihak FAM menerusi laman Facebook mereka telah mengeluarkan kenyataan mengingatkan para pemain untuk sentiasa menjaga tingkah laku.
Tingkah laku tersebut bukan sekadar di dalam padang malah diluar padang juga.
Duta pasukan
Menurut pihak FAM lagi, para pemain yang merupakan pemain yang diikat dengan kontrak profesional bukan sahaja pemain malah duta kepada pasukan.
Oleh itu mereka perlu mejaga imej diri sendiri, pasukan, dan juga liga.
Mereka juga terikat dengan peraturan dalam kontrak dan serta perlu menjaga etika yang sopan di media sosial yang sentiasa menjad perhatian para peminat.
Hormat semua pihak
Dalam masa yang sama, di pihak FMLLP juga turut mengingatkan para pemain untuk sentiasa menghormati semua pihak di dalam industri bola sepak negara.
Ia termasuk menghormati pemain lawan, para pegawai pertandingan, pengadil dan juga penyokong pasukan mahupun lawan.
Jika mereka mempunyai bantahan, ia haruslah dilakukan secara rasmi seperti menghantar surat rasmi atau laporan mahupun bantahan.
Pihak FMLLP turut mengingatkan pemain-pemain Liga Malaysia supaya menjaga etika dan tingkah laku masing-masing di dalam dan di luar padang bagi mengelakkan diri mereka dari terbabit dengan kontroversi yang seterusnya membawa mereka untuk diadili di Jawatankuasa Disiplin FAM.
Dari pihak FMLLP, mereka berpendapat tidak sepatutnya ada masalah mengenai etika di media sosial selepas mereka telah mengeluarkan etika di laman sosial pada 2016 bertujuan untuk memberi panduan agar pemain dapat berhubung rapat dengan penyokong.
Baca juga: Format Liga Thailand Diubah Untuk Musim 2017, 132 Pasukan Bertanding Dalam 4 Divisyen