Format Liga Thailand Diubah Untuk Musim 2017, 132 Pasukan Bertanding Dalam 4 Divisyen

Thailand merupakan kuasa bola sepak Asia Tenggara yang kini sedang mengetuk pintu untuk menjadi kuasa besar Asia.

Baru-baru ini, Thailand bakal mengubah struktur liga bola sepak untuk membolehkan lebih banyak pasukan bertanding!

132 pasukan, 5 divisyen

Menurut Arena Harimau Malaysia, piramid bola sepak Thailand bakal berubah dengan kehadiran sebuah divisyen baharu bermula pada musim 2017.

Pasukan Burirram United yang merupakan kuasa besari di Thailand.

Divisyen tersebut dikenali sebagai League Championship yang bakal menjadi divisyen 3 di Thailand.

Sementara divisyen 3 sekarang yang dikenali sebagai AIS D2 League bakal diturunkan pangkat menjadi liga divisyen ke-4.

Selepas itu, liga divisyen 5 pula diperkenalkan dengan dikenali sebagai League 3.

Setakat artikel ini ditulis, 132 pasukan bakal menyertai Liga Thailand merentasi 4 divisyen teratas adalah 132 pasukan dan jumlah untuk pasukan divisyen 5 belum lagi ditentukan.

Berikut adalah struktur penuh Liga Thailand yang baharu bermula pada musim 2017:

  • Thai Premier League (divisyen 1) – 18 pasukan
  • Yamaha D1 League (divisyen 2) – 18 pasukan
  • League Championship (divisyen 3) – 32 pasukan dengan dibahagikan kepada 2 zon
  • D2 Regional (divisyen 4) – 64 pasukan dengan dibahagikan kepada 4 zon
  • League 3 (divisyen 5) – 8 zon dengan jumlah pasukan masih belum ditentukan

Tujuan piramid bola sepak Thailand diubah adalah untuk memperkasakan lagi liga mereka yang seterusnya bakal memberi manfaat yang besar kepada skuad kebangsaan mereka.

Suatu langkah yang baik dalam memperkasa bola sepak mereka. Mungkin kita juga boleh ikut corak mereka?

Baca juga: Setiausaha Agung AFC: “TMJ Individu Penuh Optimis, Mampu Ubah Bola Sepak Malaysia”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN