FAM: Pasukan Yang Didenda Akibat Berhutang Boleh Buat Rayuan

Hamidin

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengesahkan pasukan yang dikenakan hukuman kerana masalah hutang boleh tampil untuk membuat rayuan.

Pengumuman berkenaan dikeluarkan melalui satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial Facebook milik FAM lewat petang tadi.

“Pasukan-pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan mata serta dikenakan ‘transfer ban’ untuk isu-isu berkenaan pembayaran gaji dan/atau pembayaran kepada pihak-pihak KWSP, LHDN dan PERKESO dibenarkan untuk membuat rayuan .”

“Rayuan harus dibuat kepada sekretariat Football Malaysia LLP (FMLLP) walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melihat keputusan yang dibuat oleh FMLLP itu adalah tepat dan wajar.” Ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

CEO FMLLP, Kevin Ramalingam

Langkah ini diambil oleh FMLLP, mengambilkira kebajikan dan integriti untuk kemajuan Liga Malaysia bagi jangka masa panjang.

Kebenaran untuk membuat rayuan atas hukuman turut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam dalam sidang media yang sama semalam.

Sebelum ini, FMLLP membuat keputusan untuk memotong mata serta melarang pendaftaran pemain pada jendela perpindahan akan datang keraa keculasan membayar hutang yang tertunggak.

Empat pasukan yang terbabit adalah Kelantan FA dan T-Team FC daripada Liga Super Malaysia dan ATM serta Perlis FA dari saingan Liga Perdana Malaysia.

Hukuman yang dijatuhkan oleh FMLLP tersebut mendapat pelbagai rekasi daripada pelbagai pihak.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, hanya T-Team FC yang telah mengemukakan rayuan kepada pihak FAM dan FMLLP.

T-Team FC mengalami sedikit kelewatan dalam pembayaran kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Perkeso dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Namun mereka telah menyelesaikan segala perkara berkaitan dengan agensi-agensi berkenaan.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa membidas tindakan FAM dan FMLLP dalam satu muat naik di akaun Facebook beliau lewat malam semalam.

KAFA dijangka akan mengunakan saluran undang-undang untuk mencabar keputusan FMLLP.

Belum ada sebarang maklum balas daripada ATM FA dan Perlis FA berkenaan isu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN