JDT Mara Ke Asean Zonal Semifinal! Felda United Tercorot Dalam Kumpulan

JDT berjaya menyelesaikan tugasan pertama di peringkat kumpulan Piala AFC 2017. Mereka menang 3-1 ke atas Magwe. Manakala Felda United berada di tangga tercorot pada hari terakhir saingan peringkat kumpulan.

Misi mara ke zonal semifinal – ASEAN selesai!

Kemenangan JDT 3-1 di tempat sendiri membolehkan bekas Juara Piala AFC 2015, JDT akhirnya menyelesaikan urusan di peringkat kumpulan F.

Meskipun kempen kali ini JDT terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir dan layak atas kapasiti pasukan tempat ke-2 terbaik di antara naib juara kumpulan. Ini selepas mereka mendapat 13 mata.

Dalam perlawanan menentang Magwe, JDT terlebih dahulu dikejutkan pada minit ke-3 oleh pasukan pelawat menerusi Linn Kyaw Swar. Namun JDT bangkit dengan 3 gol hasil hatrik Guerra.

JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan 13 mata. 2 mata di belakang Global FC.

Aksi Guerra dan Safiq Rahim

JDT Player Gabriel Mighual Guerra in action. Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

Ini adalah perlawanan individual brilliance oleh Gabby Guerra dan Safiq Rahim adalah sebab utama pasukan ini menang.

Mereka berjaya mengubah nasib pasukan dengan aksi luar biasa. Hatrik dari Guerra dan juga hatrik assist daripada bekas ketua pasukan, Safiq Rahim.

Nasib berbeza untuk Felda United

Satu lagi pasukan dari negara kita, Felda United ada kempen untuk dilupakan dalam percubaan pertama mereka di Piala AFC.

Felda United berada di tangga tercorot kumpulan G. Mereka hanya mengutip 5 mata hasil hanya satu kemenangan dan satu keputusan seri.

Perubahan di strutktur teratas di peringkat kejurulatihan ternyata memberikan impak. Ini silap pengurusan Felda United yang meletakkan misi 1 piala kepada Irfan Bakti musim lalu.

Selepas melihat Felda United cemerlang menyaingi JDT di MSL musim lalu, pengurusan mereka mulai panik.

Ini kerana Irfan Bakti menyatakan dia mengikut klausa kontrak awal yang tidak akan menyambung khidmat beliau jika tiada sebarang piala domestik.

Kehilangan berberapa pemain utama musim lalu juga antara sebab Felda United bergelut di Piala AFC dan juga peringkat domestik.

Rumusan

Nampaknya, JDT terus menjadi pasukan dengan rekod yang cemerlang di peringkat Piala AFC dalam beberapa edisi kebelakangan ini.

Selamat berjuang di peringkat kalah mati JDT!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN