FAM Nafi Pengadil Beri Layanan Istimewa Kepada JDT

Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Baru-baru ini media tempatan melaporkan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kemungkinan mendapat ‘bantuan’ daripada pengadil kerana kerap memberikan sepakan penalti kepada skuad Harimau Selatan.

Daripada 4 perlawanan Liga Super setakat ini, JDT berjaya memperoleh 4 sepakan penalti sekaligus menimbulkan khabar angin dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mengenai layanan istimewa pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Mengulas mengenai isu tersebut dalam Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid menafikan dan menegaskan tiada layanan istimewa yang diberikan oleh pengadil kepada mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Beliau juga menjelaskan pihaknya sedia menyiasat jika ada dakwaan mengenai salahlaku pengadil dalam perlawanan Liga Malaysia dan mengambil tindakan tegas.

“Sejujurnya memang tiada hak istimewa diberikan kepada JDT. Tapi itu hak orang (untuk membuat dakwaan) dan kami terima saja apa yang mereka katakan.

“Kami akan menyiasat segala dakwaan atau kritikan diterima berhubung mutu pengadilan dalam liga kita. Selepas itu barulah kami akan buat tindakan susulan,” jelasnya.

Md Dali juga mengesahkan beliau telah pun berbincang Ketua Jabatan Pengadil FAM untuk menyiasat mengenai sepakan penalti yang diberikan kepada JDT.

“Hari ini pun saya ada berbincang bersama Ketua Jabatan Pengadil FAM, Kassim Kadir Bacha mengenai penalti diterima JDT yang kini hangat diperkatakan.

“Setiap kali perlawanan pun saya jumpa pengadil untuk memberi motivasi dan antara perkara yang saya selalu katakan kepada mereka adalah tegas dan adil. Keadilan akan datang bila anda tegas,” katanya.

Minggu lepas, dua pengadil daripada pasukan Liga Super menerima surat tunjuk sebab daripada FAM kerana mengkritik mutu pengadilan. Md Dali berkata setiap jurulatih dan pemain perlu mengikut saluran yang betul untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

“Kami memang terbuka menerima kritikan, tapi biarlah kritikan itu berasas dan mengikut saluran yang betul. Malah, kami akan siasat terlebih dulu segala tuduhan yang dilemparkan, bukannya ambil tindakan secara melulu.

“Setakat ini pengadil menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, tiada kata dengan JDT lain (layanan), memang tiada,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN