FAM Mohon Maaf Isu ‘Claim’ DNA Skuad Malaysia Bawah 15

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui satu kenyataan rasmi sebentar tadi memohon maaf kerana kekeliruan disebabkan oleh satu kenyataan di laman Facebook badan induk itu malam tadi.

Melalui muat naik pada malam tadi, FAM seolah-olah mendakwa kejayaan skuad Malaysia Bawah 15 Tahun yang beraksi cemerlang di Kejohanan AFF B-15 di Chonburi, Thailand setakat ini adalah hasil segera daripada DNA Bola Sepak Malaysia yang baru saja dilancarkan FAM pada 9 Julai lalu.

Kenyataan tersebut disiarkan susulan kejayaan anak buah P. Maniam menewaskan Australia 3-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan B di kejohanan tersebut.

Kenyataan FAM yang mencetuskan tanda tanya ramai.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, kecemerlangan pasukan remaja negara dalam dua kejohanan jemputan sebelum itu – Kejohanan Jockey Club International Youth 2019 Di Hong Kong (April), dan CFA Team China International Youth Football Tournament Haikou 2019 (China) – disusuli dengan persembahan cemerlang di Thailand, bermakna pasukan tersebut berada pada landasan yang betul dan seiring dengan apa yang cuba diterapkan dalam DNA Bola Sepak Malaysia itu.

“Untuk makluman semua, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) merupakan projek yang dilaksanakan secara bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi kerjasama baharu yang terjalin sejak Disember 2018,” ujar Stuart dalam kenyataan tersebut.

Skuad Malaysia B-15 menang semua tiga perlawanan setakat ini.

“Kami gembira melihat kerjasama ini telah mula membuahkan hasil dan pencapaian pasukan-pasukan remaja negara seperti yang ditampilkan skuad B-15 kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa projek ini sedang berjalan dengan baik dan lancar.

“Di sini, FAM turut ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada barisan penggerak NFDP dan juga pihak Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang kerana tanpa sokongan dan usaha mereka selama ini, para pemain skuad B-15 kebangsaan ini tidak akan sampai ke tahap terbaik ini bagi meneruskan kesinambungan corak permainan mereka seiring dengan DNA Bola Sepak Malaysia yang baru dilancarkan itu.

“Kenyataan yang disiarkan di facebook rasmi kami, malam tadi itu juga telah pun dipadam.

“Justeru, saya berharap agar kita semua tidak terus berbalah mengenai hal mengambil kredit atau ‘claim’ ini. Sebaliknya marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu dan mendoakan skuad B-15 kebangsaan terus mencatat kemenangan pada baki dua perlawanan Kumpulan B bertemu Laos esok dan tuan rumah, Thailand pada Isnin untuk kita layak ke separuh akhir dan seterusnya ke pentas final bagi menjuarai kejohanan ini.” jelas beliau panjang lebar.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN