FAM Mahu Bina Jaringan Antara Bola Sepak Komuniti Dengan Liga Profesional

Tunku Mahkota Johor menyatakan idea untuk menambah divisyen 4 dan 5 dalam piramid Liga Malaysia adalah kerana mahu memperbaiki jaringan (connection) di antara bola sepak komuniti dengan liga utama ataupun liga profesional.

Dengan budget yang FAM dapat hasil daripada hak penyiaran yang baru, mereka menggunakan sebahagian wang itu untuk memperbaiki sistem ini.

Sebelum ini, banyak berlaku di mana, bola sepak di peringkat komuniti, daerah mahupun negeri tidak ada kesinambungan dan terhalang pada satu takuk.

Sebagai contoh, ada pasukan yang juara kejohanan Piala Menteri Besar, perjalanan mereka terhenti di situ dan tidak ada sistem yang menghubungkan mereka dengan Liga FAM. Dipetik daripada laman FMLLP:

“Untuk permulaan bagi tahun 2018, 24 liga akan mula dijalankan di setiap negeri yang mana membentuk Liga M5. Liga Negeri dan Liga Sosial Negeri akan ditentukan kemudian.”

“Juara setiap liga di Liga M5 pada tahun 2018 pula akan layak secara automatik ke Liga M4 pada tahun 2019 dengan jumlah pasukan sebanyak 24 pasukan.”

“Bermula pada tahun 2020 proses promosi dan relegasi akan mula berjalan setelah piramid tersebut lengkap sepenuhnya bermula dari LM5 sehingga ke Liga Super.”

Struktur piramid Liga Malaysia yang akan mempunyai 5 divisyen.

Model seperti ini dianggap penting untuk memastikan bola sepak benar-benar dikembalikan kepada rakyat.

Akan lebih ramai masyarakat yang terlibat dalam bola sepak dan usahawan yang serius dalam memiliki kelab bola sepak mereka sendiri dengan peluang yang ada.

Sebagai contoh, ibu bapa pastinya agak lebih meyokong anak-anak mereka terlibat dalam bola sepak lebih serius kerana ia boleh menjadi satu karier yang baik.

Begitu juga untuk pemain-pemain yang late bloomer mereka boleh menggunakan platform divisyen 4 dan 5 ini untuk mengejar cita-cita bola sepak mereka ke peringkat lebih tinggi.

Struktur yang sistematik dan terhubung baik ini sudah lama wujud di negara lain termasuk Sepanyol dan Itali.

Seterusnya, ia juga akan dapat meluaskan lagi sempadan pencarian bakat muda dan bakat baru dalam bola sepak tanah air.

Baginda juga menegaskan aspek bola sepak di peringkat akar umbi perlu diperbaiki segera dengan sistem yang ada jaringan seperti ini.

 

Motivasi untuk, contoh lepas sesuatu pasukan menang piala menteri besar, itu sahaja. nak bagi mereka tahu yang mereka terhubung dengan liga M.

Selain itu, kewujudan divisyen 4 dan 5 ini akan dapat membantu menyeragamkan sistem bola sepak di peringkat negeri keran buat masa ini, terlalu sedikit pertandingan bola sepak di peringkat negeri dan juga akar umbi dan peringkat sekolah.

Sudah tiba masanya, semua pihak bersatu untuk lebih serius dalam membantu menaikkan standard bola sepak Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN