FAM Mahu Ambil Alih Dan Perkasa NFDP

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata mereka mahu mengambil alih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) untuk meperkasakan lagi program tersebut di masa hadapan.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Hamidin berkata FAM mempunyai cara dan ramuan mereka tersendiri untuk membangunkan NFDP jika diberikan kepercayaan oleh pihak berwajib mengambil alih program tersebut.

Hamidin turut mengesahkan perbincangan telah dilakukan dengan pihak MSN dan KBS, serta Menteri Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai perkara tersebut, dan beliau yakin FAM akan mendapat keputusan positif mampu dicapai semua pihak.

“Kami sudah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pihak MSN, KBS dan juga Menteri Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) dan menyatakan hasrat serta pandangan dari segi kaca mata bola sepak.

“Kami sedang tunggu jawapan daripada menteri dan KBS, mungkin dalam masa terdekat mereka akan membuat pengumuman itu.

Namun demikian Hamidin enggan mengulas lanjut butiran perbincangand dan pandangan yang disampaikan, kerana skuad B-16 negara yang dibarisi produk NFDP masih bertanding dalam Kejohanan AFC.

Jaringan penyamaan daripada Firdaus Kaironissam ketika menentang Thailand semalam. FOTO: FAM

Skuad muda negara akan menentang Jepun pada hari ini untuk menentukan kemaraan ke pusingan seterusnya.

“Untuk berlaku adil, biarlah ia habis perlawanan selepas itu saya akan membuat kenyataan bagi pihak FAM,” ujar Hamidin lagi.

Hamidin dipetik sebagai berkata demikian ketika Seminar Pembangunan Bolasepak Belia ‘The Modern Trends In Youth Development’ anjuran Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), semalam.

NFDP adalah program hasil idea Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

(Sumber: NFDP Malaysia – PPBN)

Objektif utama NFDP ditubuhkan ialah untuk melahirkan seberapa ramai pemain bola sepak bertaraf dunia untuk negara secara sistematik dan holistik.

Hari ini NFDP dilaporkan mempuyai lebih 25,000 pelatih di antara usia 7 sehingga 17 tahun di seluruh negara.

Program tersebut turut memiliki sebuah pusat dikenali sebagai Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari yang terletak di Gambang, khusus untuk pelatih elit.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN