FAM: Liga-M Mungkin Bersambung Lebih Awal Demi Persiapan Harimau Malaya

Liga-M FAM JDT

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkemungkinan akan merombak semula kalender bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan kembali bersambung pada September ini menjadi lebih awal.

Langkah itu demi untuk memastikan skuad Harimau Malaya mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan terbaik bagi menghadapi baki tiga perlawanan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Oktober dan November ini.

Menurut laporan Bernama, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam turut menjelaskan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe juga akan menghadapi kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2020 pada akhir tahun ini.

Dengan penguman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah pun melonggarkan banyak aktiviti bermula 10 Jun ini setelah angka positif COVID-19 terus menurun, FAM melihat kemungkinan untuk semua kelab bola sepak kembali berlatih seawal bulan Julai ini dan kembali memulakan saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada Ogos.

“Saya tahu ramai yang meluahkan kebimbangan sama ada pasukan kebangsaan akan mempunyai masa mencukupi untuk membuat persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF.

“Oleh itu, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan semua pertandingan yang ditangguhkan sejak 16 Mac dapat diselesaikan sebelum November.

“Kami masih menunggu kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memulakan semula Liga Malaysia, September ini dan semoga dapat diadakan lebih awal untuk memberi masa yang cukup kepada Tan Cheng Hoe menyiapkan skuad terbaiknya,” ujar Stuart.

FAM juga mengambil kira situasi di beberapa negara seperti Korea Selatan, Itali, United Kingdom, Jerman dan Sepanyol yang mencatat kes jangkitan dan kematian yang jauh lebih tinggi, tetapi kerajaan mereka sudah pun memberi kelonggaran untuk liga bola sepak mereka disambung dengan prosedur dan protokol keselamatan yang ketat.

“Ya jika anda melihat perangkaan kes, besar  kemungkinan (liga disambung balik awal)  tetapi kami akan tetap bersabar.  Bagaimanapun, sekiranya banyak sektor mula dibuka, angka (kes) mula menurun dan kami boleh melihat bola sepak dimainkan kembali tidak lama lagi.   

“Bagaimanapun, rancangan kami adalah liga kembali berlatih dalam Ogos dan bermain dalam September. Jadi, tarikh akhirnya begitu tetapi kalau lebih cepat lebih baik untuk semua orang.” 

FAM kini sedang menyiapkan dua kertas kerja mengenai prosedur latihan berdasarkan kuarantin untuk pasukan kebangsaan dan kelab-kelab Liga-M untuk dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) selewat-lewatnya minggu hadapan.

Sebagai rekod, Mesyuarat Khas Kementerian dalam Pelaksanaan PKP pada bulan lepas telah menolak permohonan MFL untuk menyambung semula pertandingan pada Ogos dan sesi latihan pasukan dalam Julai.

Kredit Foto: Johor Southern Tigers

Baca juga artikel kami yang lain mengenai FAM dan skuad Harimau Malaya:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN