FAM Laksanakan Sistem Imbasan Kod QR Untuk Memudahkan Kemasukan Penyokong Dalam Stadium

Bagi memudahkan urusan kemasukan penyokong ke dalam Stadium, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan tiket bagi kesemua enam perlawanan antarabangsa sepanjang bulan ini iaitu dari 17 hingga 26 Mac 2019 akan menggunakan sistem imbasan Kod QR.

Enam perlawanan tersebut ialah perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Malaysia B-23 menentang Australia B-23, dua perlawanan Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan 3 perlawanan kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam.

Menurut kenyataan daripada Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalinggam, sistem itu dilaksanakan setelah mendapat kerjasama dengan dua syarikat pengendali tiket iaitu Tickethotline International Sdn Bhd dan Proticket Malaysia Sdn Bhd melalui ProEvents.

“Dengan pengenalan sistem Kod QR ini, para penyokong Harimau Malaya yang membuat pembelian tiket secara online tidak perlu lagi untuk ke kaunter penebusan tiket di stadium, sebaliknya hanya perlu menunjukkan Kod QR yang dihantar ke e-mel mereka untuk diimbas petugas di pintu masuk stadium.

“Selain memudahkan urusan dan menjimatkan masa, sistem Kod QR ini juga dapat mengatasi isu tiket palsu atau kemasukan tidak sah ke dalam stadium kerana setiap tiket yang dijual, termasuk tiket fizikal yang dijual di kaunter tiket biasa di stadium turut dilengkapi dengan Kod QR.

“Ini bermaksud, semua kemasukan bertiket ke stadium pada enam hari perlawanan antarabangsa yang dinyatakan adalah menggunakan sistem Kod QR sepenuhnya,” jelasnya.

Kaunter jualan tiket fizikal tetap dibuka

Bagaimanapun, bagi penyokong yang membeli tiket secara online tetapi tetap mahu mendapatkan tiket fizikal untuk dijadikan bahan koleksi, mereka boleh membuat pilihan untuk menebus tiket di kaunter ketika membuat pembelian secara online.

Untuk tujuan itu, mereka akan diberikan penerangan menerusi e-mel mengenai cara-cara membuat penebusan tiket fizikal di kaunter khas penebusan tiket online yang akan dibuka pada hari perlawanan.

Stuart turut menjelaskan kaunter tiket biasa tetap akan dibuka pada hari perlawanan dengan mengambil kira faktor terdapat penyokong yang tidak dapat membeli secara ‘online’ kerana sebab-sebab tertentu. Tiket biasa ini juga tetap akan dilengkapi dengan Kod QR.

“Apa pun, penambahbaikan yang dilakukan FAM bagi pelaksanaan sistem tiket ini diharap mampu melancarkan urusan pembelian dan kemasukan penyokong Harimau Malaya ke stadium berbanding beberapa kesulitan yang dihadapi mereka ketika Piala Suzuki AFF 2018.

“Untuk makluman, pembelian di kaunter tiket biasa di stadium pada kesemua enam hari perlawanan di atas tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan. Hanya pembelian secara online yang dikenakan caj berkenaan,” kata Stuart Ramalinggam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN