FAM Bakal Umum Ketua Jurulatih Malaysia Dalam 3-4 Hari, Nafi Paulo Bento Calonnya

Peminat bola sepak tempatan bakal mengetahui siapakah yang bakal menjadi ketua jurulatih skuad senior kebangsaan dalam masa 3-4 hari lagi, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin tadi.

Setiausaha Agung FAM itu turut menyangkal dakwaan desas-desus bahawa Paulo Bento bakal menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya yang tersebar luas di media sosial semalam.

Semalam kami menyebut Paulo Bento dan Ulisses Morais adalah antara nama yang dikaitkan dengan jawatan nombor satu dalam bola sepak Malaysia tersebut.

Ini berikutan pengesahan presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberitahu beliau telah mendapat persetujuan daripada seorang jurulatih Portugal yang dirahsiakan identitinya, kepada penyokong-penyokong JDT dalam satu perjumpaan santai.

Berita angin tersebut turut sampai ke pengetahuan media Portugal, O Jogo dan Desporto semalam.

Penafian Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin terhadap spekulasi yang mengaitkan Paulo Bento ini bererti peminat bola sepak tempatan perlu terus mencari calon spekulasi baru atau menunggu sehingga pengumuman dibuat.

Sesiapa pun yang bakal menjawat jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya nanti, bakal berdepan dengan tugas berat menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2019. Kerja beliau akan dibantu oleh Tan Cheng Hoe, bekas ketua jurulatih Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN