Alistair Edwards: “Fernando Torres Ke JDT? Maaf, Tidak Berlaku!”

Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards menafikan bahawa bintang Atletico Madrid, Fernando Torres ke JDT.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Alistair Edwards melalui media sosial rasmi Facebook, JOHOR Southern Tigers (JST).

Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards

Beliau berkata:

“Terdapat banyak spekulasi di laman media sosial dan orang bertanya kepada saya yang mengatakan Fernando Torres akan menyertai JDT dari Atletico Madrid pada jendela perpindahan akan datang ini.”

“Walaupun kelab amat berbesar hati dikaitkan dengan pemain yang mempunyai nama besar tersebut, saya memberi jaminan bahawa Torres tidak akan menyertai kami.” Ujar Alistair dalam kenyataa tersebut.”

Fernando Torres, kini berumur 33 tahun adalah bintang Sepanyol yang turut pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama-sama Liverpool sebelum berhijrah ke Chelsea.

Fernando Torres

Fernando Torres membuat 102 penampilan bersama Liverpool, menjaringkan sejumlah 65 gol sebelum berhijrah ke Chelsea dengan nilai perpindahan sekitar  £50 juta pada Januari 2011.

Walaupun prestasi beliau sering dikritik selepas perpindahan ke Stamford Bridge, Torres membantu kelab dari London berkenaan untuk menjulang Piala Fa dan UEFA Champions League pada musim 2011-2013 dan UEFA Europa League pada musim berikutnya.

Di peringkat antarabangsa, Fernando Torres merupakan sebahagian daripada skuad Sepanyol yang menjulang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Torres juga membantu Sepanyol untuk mucul juara dua edisi Euro pada tahun 2008 dan 2012.

Illustrasi artis, stadium baharu yang akan digunapakai JDT apabila siap. Kredit: JST.

Alistair Edward menegaskan berita yang tular mengenai kedatangan Torres ke Larkin adalah khabar angin semata-mata.

Sambil menegaskan JDT sebagai sebuah kelab yang kecil berbanding dengan pesaing mereka yang lain, Alistair mengaku JDT mempunyai bajet yang terhad untuk membawa bintang seperti Torres.

Dalams kenyataan yang sama, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim itu turut mengakui fokus kelab berkenaan pada masa ini adalah untuk membentuk akademi JDT yang mantap dan juga pembinaan sebuah stadium baharu.

Kami berharap kenyataan ini dapat menjawab segala persoalan. Dari awal musim lagi TMJ menggariskan isu pemotongan kos operasi musim ini.

Baca juga: FAM Bakal Umum Ketua Jurulatih Malaysia Dalam 3-4 Hari, Nafi Paulo Bento Calonnya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN