FAM: “Hentikan Khabar Angin Katakan Kami Melayan Kedah Dengan Tidak Adil”

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Football Malaysia LLP (FMLLP) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan situasi berkenaan pasukan Kedah.

Menerusi laman rasmi mereka, FAM menjelaskan kedudukan 2 badan tersebut dalam perihal perlesenan kelab.

FAM bertindak sebagai pihak yang berkuasa dalam memberikan lesen kelab AFC dan kebangsaan sementara FMLLP pula bertindak sebagai pihak yang mentadbir perlesenan kelab.

Sudah diberi masa

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin beliau memberitahu pihak FAM telah memberi masa tambahan kepada Kedah untuk menghantar segala dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan perlesenan kelab.

Walaupun masa tambahan telah pun diberikan, akan tetapi ia cumalah untuk membolehkan Kedah mendapatkan perlesenan kelab peringkat kebangsaan yang membolehkan mereka beraksi di Liga Super 2018.

Gambar: Kedah FA

Tetapi untuk perlesenan kelab AFC, tiada masa tambahan diberikan kepada Kedah kerana pihak AFC tidak akan mempertimbangkan sebarang dokumen yang dihantar di luar tarikh yang ditetapkan.

Tetapi kenapa hanya lesen peringkat kebangsaan sahaja yang diberikan tetapi tidak untuk lesen AFC?

Hal ini kerana, FAM menjelaskan mereka boleh memberikan kelonggaran selepas menerima laporan kewangan beraudit yang dilakukan oleh Kedah selepas tempoh akhir penyerahan dokumen.

Dalam situasi ini, FAM boleh menggunakan budi bicara mereka untuk memberi ruang untuk Kedah mendapatkan lesen peringkat kebangsaan tetapi tidak untuk lesen kelab AFC.

Keputusan ini dibuat kerana jika pihak AFC dapat mengesan perbuatan FAM yang memberikan lesen AFC kepada Kedah walaupun mereka lewat menghantar dokumen, ia akan menyebabkan FAM akan dihukum AFC.

Jadi pilihan FAM untuk menghantar pasukan Liga Malaysia lain yang mempunyai lesen AFC adalah keputusan yang tepat.

Bukan konspirasi

Kata Hamidin lagi, beliau berharap segala kata-kata negatif yang mengatakan FAM mempunyai konspirasi terhadap Kedah akan dihentikan.

“FAM dan FMLLP sama-sama berharap tiada sebarang teori konspirasi atau khabar angin mengatakan yang Kedah tidak diberi layanan yang adil.”

“Kami sendiri cukup berharap yang Kedah akan dapat mengambil bahagian dan berjaya.”

PETALING JAYA, 11 Feb — Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sidang media mengenai Piala Futsal Felda-FAM 2014 di Wisma FAM di sini hari ini.
Kejohanan futsal tersebut akan berlangsung dari 12-16 Feb di Stadium Malawati Shah Alam.
– fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Semestinya FAM mahukan pasukan terbaik di Malaysia untuk mewakili negara di peringkat AFC kerana ianya pasti dapat membantu mata ranking skuad kebangsaan.

Di akhir kenyataan, Hamidin menegaskan yang FAM ada menghantar surat kepada pihak Kedah mengenai isu perlesenan.

Hal ini sekaligus menafikan kenyataan media Kedah yang mengatakan mereka tidak dinyatakan oleh pihak FAM mengenai isu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN