FAM Kecewa Dengan Kenyaataan Tidak Bertanggungjawab Bojan Hodak

Bojan Hodak

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kecewa dengan kritikan yang dilemparkan oleh Bojan Hodak kepada mereka. Hodak mengkritik FAM kerana struktur pembangunan pemain muda yang dianggap lemah.

Kritikan Hodak itu hadir selepas aksi hambar dalam Piala Sanix B-18 di Jepun.

Malaysia gagal untuk menunjukkan aksi memberangsangkan dalam Piala Sanix. Kalah 2-0 di tangan Aomori Yamada, dibelasah 5-0 oleh Sagan Tosu (5-0) dan tewas kepada pasukan Sekolah Tinggi Ohzu (1-0).

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yussoff Mahadi menyatakan rasa terkilan dengan kenyataan Hodak. Yussoff Mahadi berkata: “Ianya satu kenyataan tidak bertanggungjawab yang diluahkan secara sewenang-wenang.”

“Pemain-pemain muda berbakat di negara kita adalah hasil daripada sistem bola sepak kita. Ketika beliau [Hodak] membimbing skuad B-19 dan memenangi trofi, beliau tidak pula mengkritik sistem kita.”

“Sebaliknya, ketika pasukan beliau beraksi hambar di Jepun, beliau mengkritik sistem kita.”

Yussoff Mahadi merasakan, adalah lebih baik Bojan Hodak mencari penyelesaian kepada masalah berbanding dengan membuat kenyataan tidak berasas.

“Hodak sepatutnya mencari jalan penyelesaian, daripada mengeluarkan kenyataan negatif untuk mengelak daripada tanggungjawab beliau,” tambahnya lagi.

Yussoff Mahadi menganggap perkara ini sebagai serius dan beliau mahu Bojan Hodak tampil berjumpa dengan FAM bagi menjelaskan perkara tersebut.

“Kami mengambil serius perkara ini, dan akan mengambil tindakan. Kami akan meminta Bojan Hodak memberikan penjelasan.”

Sebagai tambahan, kontrak semasa Bojan Hodak sebagai jurulaith B-19 akan berakhir pada Disember 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN