FAM Ikat Perjanjian Dengan Syarikat Belanda, Dotcomsport

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat dari Belanda, Dotcomsport untuk membantu pembangunan pemain.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya dengan FAM diwakili oleh setiausaha agungnya, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin manakala Dotcomsport diwakili oleh pengarahnya, Johan Henkes.

Menurut FAM, Dotcomsport memiliki kepakaran dan pengalaman luas bekerja dengan pelbagai inisiatif berkaitan pembangunan bola sepak dan menawarkan sistem pembangunan pemain yang lebih meluas disamping perkhidmatan lain seperti penyusunan pasukan pasukan dari segi formasi serta taktikal, komunikasi antara pemain dan jurulatih, persediaan digital untuk latihan dan perlawanan, analisis dan juga reviu perlawanan.

Melalui Dotcomsport, ia akan memberikan penekanan terhadap penggunaan video sebagai alat keperluan semasa latihan.

Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo berkata, Dotcomsport menawarkan sistem pembangunan pemain lebih meluas selain perkhidmatan lain seperti penyusunan pasukan dari segi formasi serta taktikal, komunikasi antara pemain dan jurulatih, persediaan digital untuk latihan dan perlawanan, analisis dan juga reviu perlawanan.

“Dengan sukacitanya, FAM mengumumkan perjanjian bersama Dotcomsport untuk memperkenalkan sistem pemantauan pemain yang akan membantu meningkatkan perkembangan pemain kami.

“Ini merupakan satu lagi medium bagi jurulatih untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan pemain. FAM menggunakan sistem pemantauan pemain iaitu Dotcomsport di mana merupakan satu langkah terhadap pembangunan pemain elit kami, ” kata Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo.

Staf FAM termasuk barisan kejurulatihan, pasukan ‘scout’ (pencari bakat), pasukan doktor, dan pasukan penganalisis video telah diperkenalkan dengan program tersebut di Wisma FAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN