Charlie Adam: “Salah Hanya Layak Sebagai Pemain Simpanan Di Real Madrid & Barcelona”

Agak pelik memikirkan sedemikian tetapi Charlie Adam berkata penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini, Mohamed Salah tidak layak untuk membarisi kesebelasan utama pasukan di Real Madrid atau Barcelona?

Penyerang antarabangsa Mesir ini dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp dan Estadio Santiago Bernabeu pada musim hadapan setelah melalui musim yang cemerlang bersama Liverpool.

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Salah telah menjaringkan 37 gol daripada 42 penampilan dalam semua pertandingan setakat ini.

Di dalam tempoh itu, Salah turut memecah rekod yang sebelum ini menjadi milik Cristiano Ronaldo dan Robin van Persie setelah menjaringkan gol di dalam 21 perlawanan dari 31 penampilan di EPL untuk memberi kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace pada Sabtu lalu.

Walaupun rekod demi rekod dipecahkan oleh Salah pada musim ini bersama Liverpool, Adam berpendapat penyerang berusia 25 tahun ini belum cukup bagus untuk pasukan elit seperti Real Madrid atau Barcelona.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Ketika bercakap kepada TalkSport, Adam dipetik sebagai berkata:

“Saya rasa ianya sukar untuk Salah. Di manakah Salah akan bermain?”

“Bolehkah Salah mendapatkan minit perlawanan di Real Madrid? Adakah Salah akan mendapat peluang jika bersama Barcelona? Saya tidak fikir Salah berpeluang. Ianya lebih bagus untuk Salah kekal di Anfield.”

Salah berkelebihan 3 gol berbanding jumlah jaringan yang dijaringkan oleh Messi di saingan liga pada musim ini, manakala Cristiano Ronaldo telah menghasilkan 22 gol setakat ini bersama Los Blancos.

Bagaimanapun jika diselidiki secara mendalam, Salah tidak sewajarnya dibandingkan dengan Ronaldo atau pun Messi.

(Photo by Victor Carretero/Real Madrid via Getty Images)

Di Barcelona, Salah lebih sesuai untuk menggantikan Luis Suarez. Untuk rekod, Salah menghasilkan 7 gol dan 3 bantuan gol lebih baik daripada penyerang Uruguay itu setakat ini.

Manakalah di Real Madrid, Salah lebih sesuai menggantikan Karim Benzema yang hanya menghasilkan 5 gol sepanjang kempen, dan mulai dikaitkan dengan Chelsea untuk perpindahan musim panas akan datang.

Salah dan Liverpool perlu berhadapan cabaran Manchester City di suku akhir UEFA Champions League, sebelum berhadapan prospek bertemu Messi ataupun Ronaldo di peringkat seterusnya.

Apa pendapat anda? Benarkah dakwaan Charlie Adam bahawa Mohamed Salah tidak cukup ‘crispy’ untuk pasukan seperti Real Madrid atau Barcelona?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN