Sergio Ramos Puji Gol Menarik Yang Dihasilkan Cristiano Ronaldo Ketika Bertemu Juventus

Cristiano Ronaldo

Semua sudah maklum mengenai salah satu gol yang dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo amat menarik.

Pemain Portugal itu mendedikasikan gol itu kepada rakan-rakan sepasukannya. Malah, para penyokong Juventus turut memberikan ‘standing ovation’ kerana gol tersebut.

Agak sukar juga bagi mana-mana pemain lawan menerima pujian gol daripada penyokong lawan.

Komen Kapten

Sergio Ramos, kapten Real Madrid tidak ketinggalan memuji kelakuan bekas pemain yang turut pernah beraksi bersama Manchester United itu.

Sergio bersyukur gol yang disumbangkan Cristiano Ronaldo banyak membantu kempen Eropah semasa musim ini.

”Dia (Cristiano Ronaldo) berada dalam prestasi yang menakjubkan,” kata pertahanan antarabangsa Sepanyol itu.

”Ianya memberikan keuntungan buat kami dan diharapkan dia akan kekal cemerlang hingga tamat musim. Jaringan yang dihasilkannya sangat luar biasa.”

”Jaringan tersebut mengagumkan. Ianya merupakan sepakan gunting yang menarik dan dia berjaya memenangi hati dan mendapat pengiktirafan dari peminat.”

Cristiano sudah menjaringkan 10 perlawanan berturut-turut dalam perlawanan UEFA Champions League musim ini.

Ia merupakan satu rekod yang baru sahaja dipecahkan. Agak sukar mana-mana pemain untuk melakukan sedemikian.

Mungkin ia akan mengambil masa berpuluh tahun untuk dilakukan. Rekod itu tidak akan hadir tanpa usaha dan bantuan rakan sepasukan!

Pujian terbuka

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane turut memuji aksi anak-anak buahnya. Termasuklah Ronaldo sendiri.

Pada perlawanan yang berlangsung di Turin itu, Cristiano Ronaldo sendiri terlepas dua kali peluang menjaringkan gol.

Namun, beliau menebus kegagalan itu dengan dua gol bermakna. Zinedine memberitahu Daily Star bahawa Cristiano mahu memberikan sumbangan kepada pasukan kesayangannya.

Bekalan selesa

2 gol Cristiano Ronaldo bantu Real Madrid selesa.

Real Madrid bakal melayani kunjungan Juventus untuk aksi kedua nanti. Namun mereka perlu mempertahankan kelebihan 3 gol yang diraih pada perlawanan ini.

Satu persoalan, adakah gol beliau akan disenaraikan FIFA untuk Anugerah Puskas?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN