Sebentar tadi telah berakhir mesyuarat exco FAM yang pertama di bawah Presiden baharu. TMJ kemudian mengadakan sidang media di luar bilik mesyuarat.
Mesyuarat kali ini diadakan di Hotel Magellan, Kota Kinabalu, Sabah.
Antara intipati mesyuarat yang dikongsikan oleh TMJ dengan media adalah isu hutang.
Hutang FAM kepada pasukan Liga M
TMJ menyatakan FAM berhutang RM9 juta dengan pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga Malaysia. Ada 24 pasukan yang berhak menerima duit ini.
Baginda menjadikan ini sebagai keutamaan, iaitu melangsaikan dahulu hutang ini.
RM500,000 untuk pasukan di Liga Super dan RM250,000 untuk pasukan Liga Premier.
Ini untuk memastikan pasukan boleh beroperasi lebih lancar.
Baginda mengingatkan, sekali pasukan-pasukan ini menerima bayaran pastikan mereka melangsaikan hutang mereka atau dikenakan tindakan.
Kami percaya hutang yang dimaksudkan baginda adalah hutang gaji pemain.
TMJ mengakui ia adalah beban hutang daripada exco lama dan baginda mahu melangsaikannya terlebih dahulu.Tempoh pembayaran adalah minggu hadapan.
FAM tidak mahu pasukan-pasukan ini terlalu bergantung kepada angka bayaran ini. Baginda berkata:
“Jika kami membayar mereka RM500 (ribu) dan hutang mereka adalah RM1 juta, mereka masih perlu langsaikan hutang mereka.”
Kami akan cuba membuat rumusan beberapa isu lain yang turut digariskan FAM dalam entri seterusnya. Teruskan mengikuti lama rasmi semuanyaBOLA.
Baca juga:3 Pemain MIFA Kantoi Rasuah, Subahan Kamal Puji SPRM