Diskaun RM10 Untuk Tiket Aksi Persahabatan Menentang Republik Kyrgyz

Tiket Malaysa Republik Kyrgyz

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah bersetuju untuk menurunkan harga tiket aksi persahabatan menentang Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober ini.

Ianya selepas Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) membuat permohonan rasmi kepada FAM untuk meminta pertimbangan semula harga tiket yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan di laman Facebook MUSA, harga tiket RM30 yang telah ditetapkan sebelum ini akan dikurangkan kepada RM20 selepas mengambil kira komen para penyokong.

“Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) telahpun membuat permohonan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mempertimbangkan semula harga tiket berharga RM30 untuk dewasa bagi menyaksikan perlawanan itu di stadium berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak FAM telah bersetuju untuk menurunkan harga tiket kepada RM20 bagi dewasa iaitu pengurangan sebanyak RM10 manakala harga tiket bagi kanak-kanak kekal pada kadar RM5,” memetik kenyataan di laman Facebook MUSA itu.

Dan MUSA turut menyeru kepada para penyokong bola sepak tanah air untuk turun memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang kini dalam persediaan menghadapi Piala AFF 2018.

“Pecinta bolasepak negara sekalian jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan dengan lebih dekat pemain-pemain handalan negara seperti Akhyar Rashid, Khairul Fahmi Che Mat, Shahrel Fikri serta penampilan pertama Mohamadou Sumareh menyarung jersi Harimau Malaya.

“Ayuh semua mainkan peranan kita untuk memberikan sokongan padu buat Skuad Bolasepak Negara pada perlawanan itu nanti untuk menumbangkan Kyrgyzstan sekaligus memperbaiki ranking bolasepak negara kita,” tulis kenyataan itu lagi.

Jelas sekali, tarikan untuk perlawanan ini lebih terarah kepada penampilan pemain sayap Pahang yang juga merupakan pemain naturalisasi pertama dalam sejarah negara, iaitu Sumareh.

Dan tindakan pantas MUSA dengan memohon harga tiket dikurangkan ini dilihat langkah yang bijak bagi menarik para penyokong untuk turun beramai-ramai ke stadium.

Menariknya, Stadium Hang Jebat merupakan lokasi Sumareh mendapat debut pertamanya di saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2013, ketika bersama-sama PDRM.

Sebelum itu, skuad negara dijadualkan akan menentang Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN