AXA KVL M5: Gombak FA ‘Bengis’ Belasah Tatmark FC 8-0

Gombak FA meneruskan rentak cemerlang mereka sejak minggu ke-2 AXA KVL M5 apabila mudah membenam cabaran Tatmark FC dengan skor jaringan 8-0 di Stadium MPAJ malam semalam.

Sejak awal perlawanan, amat mudah bagi penonton menjangka pasukan yang bakal menguasai perlawanan. Gombak FA ternyata lawan yang berada dua-tiga kelas di atas Tatmark FC. Ketika perlawanan baru berlangsung selama 5 minit, Gombak FA yang dilatih oleh bekas pemain Selangor, Shahril Arsat, sudah mencipta 2 peluang clear cut yang dihasilkan oleh Ammar Shafiq di sayap kanan – tetapi kedua-duanya gagal disudahkan dengan baik oleh Faizal Haziq.

Faizal Haziq bagaimanapun tidak mengambil masa terlalu lama untuk menebus 2 kekecewaan tersebut. Pada minit ke-6, beliau berjaya menewaskan perangkap ofsaid Tatmark untuk membuka akaun jaringannya. 2 minit kemudian, Ammar Shafiq yang bermaharajalela ‘membuli’ bek kiri Tatmark, Amir Firdaus sekali lagi mencipta peluang buat Faizal. Tetapi percubaan Faizal gagal menepati sasaran.

Selepas hampir 20 minit diberi tentangan Tatmark yang bersemangat mencari gol penyamaan, Gombak FA menaikkan gear permainan mereka.

Pada minit 22’, Tatmark dengan tidak semena-mena menyerahkan penguasaan bola di tengah untuk memberi peluang kepada perancang tengah lincah Gombak FA, Furqan Azri melancarkan gerakan satu-dua yang disudahkan tanpa silap oleh Fazli Baharuddin.

3 minit selepas itu, giliran Faizal Haziq pula menambah gol ketiga pasukannya selepas mudah menampan masuk hantaran lintang Ammar Shafiq di sebelah kanan. Bek kiri Tatmark, Amir Firdaus, yang sejak minit pertama bergelut menyaingi kepantasan dan fizikal Ammar Shafiq ditewaskan sekali. Cuma kali ini giliran pemain tengah Gombak FA, Hanis Pazli pula ‘membuli’ beliau.

Tatmark FC (jersi putih) tidak dapat menangani ancaman Gombak FA di semua bahagian.

Hanis berjaya merampas bola daripada Amir Firdaus sebelum membuat hantaran lintang dari kanan yang mudah disudahkan oleh Faizal Haziq untuk melengkapkan hatrik beliau.

Seperti 2 perlawanan sebelum ini, kelemahan teknikal dan fizikal pemain Tatmark – ditambah pula dengan kelemahan taktikal mereka- memudahkan kerja pasukan lawan untuk menjaringkan gol sesuka hati mereka. Pada minit ke-29, Afiq Azhad yang banyak menghabiskan masa melindungi 4 pertahanan di belakangnya tidak mahu melepaskan peluang menjaringkan gol apabila mudah menewaskan perangkap ofsaid Tatmark sebelum menewaskan penjaga gol.

Ketinggalan 5-0, keadaan menjadi bertambah buruk buat Tatmark. Fazli Haziq yang sudah menjaringkan hatrik dalam masa setengah jam menambah satu lagi gol peribadinya pada minit 34’. Dengan kedudukan 6-0 menuju rehat separuh masa pertama, penonton sudah pun hilang minat dengan ketidakseimbangan kekuatan antara dua pasukan ini.

Plot separuh masa kedua tidak berubah di sebalik hakikat Gombak FA sudah mula menunjukkan sedikit kelekaan di bahagian serangan. Tetapi Gombak FA tetap mampu menambah 2 lagi gol menerusi jaringan Hadi Termizi dan Royizzat Daud.

Jika Gombak FA masih berselera dan tajam sebagaimana pada separuh masa pertama, Tatmark berpotensi dibelasah dengan margin lebih 10 gol. Dan jika ini merupakan perlawanan tinju, pengadil pasti akan menghentikan perlawanan pada separuh masa pertama dan memberi kemenangan KO kepada Gombak FA.

Pemain terbaik perlawanan: Faizal Haziq (Gombak FA)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN