FAM Harap Pasukan Liga Malaysia Memiliki Rasa Tanggungjawab Untuk Selesaikan Tunggakan Gaji

Semalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi lima pasukan Liga Malaysia yang berjumlah RM1,178,600 telah pun diselesaikan menggunakan wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh badan induk bola sepak negara tersebut.

Menurut setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam, tunggakan gaji yang dilangsaikan oleh pihaknya bukan bermakna keseluruhan tunggakan gaji pemain dan pegawai berkenaan telah pun diselesaikan kerana jumlah tunggakan yang dinyatakan ini adalah berdasarkan jumlah wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh FAM.

Hal ini bermakna baki tunggakan gaji pemain dan pegawai yang masih ada tetap perlu diselesaikan sendiri oleh pasukan-pasukan berkenaan.

“Tunggakan bagi pasukan PDRM telah pun dikreditkan terus ke akaun individu yang terlibat pada 19 Februari 2019, bagi pasukan Felcra FC, MOF FC dan DBKL FC pada Selasa lalu, 5 Mac 2019 dan bagi pasukan Terengganu City FC pada hari ini, 7 Mac 2019.

“Sementara itu, tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tiga lagi pasukan iaitu Felda United, Hanelang FC dan Marcerra United yang berjumlah RM1,339,359.40 sedang dalam proses pembayaran dan dijangka dapat dikreditkan terus ke akaun individu yang terlibat dalam beberapa minggu lagi.

“Ini menjadikan keseluruhan jumlah tunggakan gaji pemain dan pegawai yang berjaya diselesaikan FAM dengan menggunakan wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh Persatuan ini adalah berjumlah RM2,517,959.40,” kata kenyataan beliau di laman web rasmi FAM.

Stuart turut menjelaskan inisiatif itu merupakan sebahagian usaha bagi meringankan beban individu-individu yang terlibat dengan masalah tunggakan gaji.

“Inisiatif diambil FAM untuk menggunakan wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh Persatuan ini adalah sebahagian usaha bagi meringankan beban individu-individu yang terlibat dengan masalah tunggakan gaji ini.

“FAM turut berharap agar pasukan-pasukan terbabit menghargai usaha yang dilakukan ini kerana ia telah mengurangkan sebahagian tunggakan yang perlu dijelaskan, seterusnya mereka juga perlu memiliki rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan baki tunggakan kepada pemain dan pegawai yang terlibat ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN