Previu MSL 2018/19: Tok Gajah & Lang Merah Sama Liat, Tekad Kekalkan Momentum Positif

Jelas sekali pertemuan diantara Pahang dan Kedah di Stadium Darul Makmur pada malam ini merupakan perlawanan tumpuan untuk minggu keenam pada minggu ini. Kedua-dua pasukan setakat ini mengumpul sebelas mata, hasil tiga kemenangan dan dua seri.

Kedua-dua pasukan pasti mahu mengekalkan momentum positif yang dibina sejak awal musim. Apakah yang perlu anda tahu mengenai pertemuan kedua-dua pasukan?

Skuad depth Tok Gajah diuji

Tatkala skuad kendalian Dollah Salleh memperolehi kembali khidmat Safuwan Baharuddin dan Herold Goulon, Pahang kini berhadapan kepincangan pula di bahagian hadapan membabitkan dua penggempur utama, Ze Love dan juga Dickson Nwakaeme.

Ze Love sah terpaksa disisihkan akibat pergantungan. Manakala Dickson sedang bergelut dengan kecederaan harmstring sejak beberapa perlawanan yang lalu. Ketiadaan kedua-dua pemain akan menguji kekuatan skuad Tok Gajah secara keseluruhan.

Ze Love. Kredit foto: Pahang FA

Di bangku pemain simpanan, Dollah masih mempunyai pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha, dan Wan Zaharulnizam. Norshahrul boleh memainkan peranan sebagai penyerang. Kogileswaran Raj turut merupakan antara pilihan lain yang ada.

Persoalannya ialah mampukah pemain-pemain ini mengisi kekosongan Dickson dan Ze Love?

Dilema benteng Lang Merah

Aidil Sharin Sahak juga mempunyai dilema beliau tersendiri untuk membendung jentera serangan pasukan Pahang yang sudah menjaringkan 11 gol setakat ini. Hakikat bahawa perlawanan ini dilangsungkan di tempat lawan, turut menjadi faktor mengapa Lang Merah perlu tampil lebih berhati-hati.

Walaupun memiliki rekod pertahanan terbaik di saingan Liga Super setakat ini, Kedah akan kehilangan khidmat Renan Alves kerana pergantungan.

FOTO: Kedah FA

Persoalannya siapakah yang akan bergandingan dengan Shakir Hamzah di bahagian tengah benteng pertahanan Kedah pada malam ini.

Jentera serangan Kedah juga perlu memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki ketika berhadapan bahagian pertahanan Pahang yang sememangnya ampuh dikawal oleh Muslim Ahmad dan Herold Goulon.

Taktikal pasukan

Dollah Salleh dijangka akan meneruskan formasi 4-4-2 seperti mana yang telah diguna pakai dalam lima perlawanan setakat ini. Sadil Ramdani dan M. Sumareh akan terus menjadi ancaman dari bahagian sayap. Azam Azih pula akan menggerakan jentera serangan dari bahagian tengah.

Sumber: Pahang FA, Facebook.

Isu kecergasan ‘target man’- Dickson Nwakaeme- akan mempengaruhi corak permainan Pahang pada malam ini. Norshahrul hampir pasti akan membarisi barisan kesebelasan utama. Namun peranan yang akan diberikan kepada beliau masih menjadi tanda tanya.

Aidil Shahrin pasti gembira dengan stabiliti yang wujud di setiap posisi di dalam sistem 4-2-3-1 pasukan Kedah setakat ini. Khairul Helmi dijangka akan mengisi tempat Alves, dan pengalaman pemain berusia 30 tahun itu masih lagi merupakan aset untuk Lang Merah.

Aidil Sharin Sahak. FOTO: Kedah FA

Namun demikian, aspek disiplin harus dikekalkan oleh barisan pemain Kedah -terutama ketika berhadapan lawan yang mempunyai kekuatan seperti Pahang. Pemain perlu lebih bersabar dan tenang ketika merangka serangan, dan tidak gopoh seperti mana yang dipamerkan dalam perlawanan menentang PKNS FC. Pahang boleh dianggap sebagai ujian sebenar buat skuad Aidil Shahrin setakat ini.

Rekod lampau

22nd May 2018: Kedah 2-0 Pahang (Liga Super)
5th May 2018: Pahang 2-2 Kedah (Liga Super)
17th March 2018: Pahang 1-0 Kedah (Piala FA)
5th August 2017: Pahang 2-1 Kedah (Liga Super)
20th May 2017: Pahang 2-3 Kedah (Piala FA)

Ramalan Semuanya BOLA

Ia adalah satu pertembungan menarik di antara kedua-dua pasukan pada malam ini. Sukar meramalkan kekuatan kedua-dua pasukan – apatah lagi kedua-dua pasukan memiliki pemain utama yang tidak boleh diturunkan untuk perlawanan ini.

Pahang mungkin mempunyai sedikit kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri, Tetapi ia juga boleh memberi tekanan kepada mereka seperti ketika sekadar seri dengan Selangor sebelum ini.

Kami menjangkakan keputusan seri 2-2 untuk perlawanan pada malam ini.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN