FAM Sahkan Geran RM1.9 Juta Daripada FIFA Bantu 147 Pemain Berhadapan Masalah Gaji

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari ini, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingham  mengesahkan seramai 147 orang bekas pemain dari lima pasukan bola sepak yang telah tutup di negara ini telah diluluskan untuk menerima geran bantuan di antara AS$1,227.67 (RM5,000) hingga AS$9,227.67 (RM38,000) setiap seorang daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Bantuan tersebut adalah hasil daripada program ‘FIFA Fund for Football Players’ atau lebih dikenali sebagai FIFA FFP yang diwujudkan pada 2020 menerusi kerjasama FIFA dan Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPro).

Menurut kenyataan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingham jumlah bayaran geran yang diterima 147 pemain ini melibatkan sebanyak AS$456,214.48 (RM1.88 juta) iaitu 2.85 % daripada jumlah keseluruhan dana AS$16 juta (RM66 juta) bagi empat fasa sehingga penghujung 2022.

Menurut Stuart lagi, penerimaan dana ini bukanlah bermaksud kes ini sudah selesai sepenuhnya memandangkan dana yang diterima hanyalah sebahagian dan masih terdapat baki tunggakan yang perlu diselesaikan. Oleh itu, FAM menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk tampil dan menyelesaikan baki tunggakan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, semua pemain yang terlibat akan menerima wang masing-masing selepas FIFA mengkreditkan wang dana berkenaan ke akaun mereka dalam kadar yang segera sebaik menerima maklumat akaun bank pemain.

Semalam melalui satu laporan, Semuanya BOLA mendedahkan Malaysia telah menjadi negara kedua tertinggi di dunia, dan yang tertinggi di Asia dari jumlah kes yang diluluskan oleh FIFA untuk fasa pertama penerimaan geran untuk kes tuntutan antara 2015-2020.

Untuk rekod sehingga kini sebanyak 1089 permohonan telah diterima oleh FIFA dari seluruh dunia, dan 1005 kes sahaja telah diluluskan. Jumlah ini melibatkan 109 kelab dari 36 negara.

Jumlah kegagalan kelab membayar gaji pemain dari seluruh dunia dijangka akan meningkat kerana angka di atas hanya dari fasa pertama pembayaran oleh FIFA.

Baca artikel lain berkaitan masalah gaji di Liga Malaysia:

Gaji Tertunggak: Netizen Gesa Pasukan Minta Bantuan Ustaz Ebit Lew

Masalah Hutang Gaji Pemain Tidak Akan Selesai Hanya Dengan Tindakan FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN