Dato’ Hamidin: “Isu Tunggakan Gaji Frank Bernhardt Selesai”

Sebelum ini tular di media sosial artikel tulisan Rizal Hashim yang menceritakan tentang tunggakan gaji bekas pengendali skuad B-23 kebangsaan, Frank Bernhardt.

Berhnardt memberitahu Rizal Hashim bahawa beliau sudah 60 hari menunggu bayaran daripada FAM.

Jumlah tunggakan RM70,000 adalah melibatkan baki 10 bulan gaji dalam kontrak beliau. Ini selepas FAM mengambil keputusan menamatkan kontrak beliau dan melantik Datuk Ong Kim Swee untuk kembali menggalas tugasan tersebut.

Menerusi laman facebook FAM, Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu yang isu tunggakan gaji ini sudah pun selesai.

Menurut Dato’ Hamidin:

“Isu berhubung tuntutan baki gaji bekas ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Frank Bernhardt telah pun diselesaikan selepas satu perjumpaan khas diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.”

Beliau turut menerangkan sebab kenapa FAM sebelum ini hanya berdiam diri tentang isu ini. Hamidin menambah:

“FAM mengambil sikap untuk tidak mengulas mengenai isu ini sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu proses rundingan dan perbincangan dengan Bernhardt.”

Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ternyata lega dengan perkembangan ini. Ini kerana isu ini akhirnya selesai dan pihak yang berhak telah mendapat hak mereka.

“Penyelesaian dan keputusan yang telah dibuat hari ini turut telah mendapat perkenan Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang gembira kerana isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN