FAM Antara Enam Persatuan Sukan Kebangsaan Yang Diberi Penarafan 5 Bintang

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah menerima penarafan lima bintang daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) bagi tahun penilaian 2018.

FAM adalah antara enam persatuan kebangsaan yang menerima pengiktirafan tersebut berdasarkan penilaian dalam pelbagai aspek.

Penarafan 5 bintang itu diberi berdasarkan kriteria seperti berikut:-

– Dokumen laporan tahunan.
– Pemeriksaan premis.
– Laporan kewangan.
– Minit mesyuarat tahunan.
– Sistem penyusunan fail.
– Rekod pentadbiran
– Rekod perancangan & pembangunan

“Kita mengambil kira pelbagai aspek dan FAM berjaya menguruskan persatuan dengan cukup teratur dan penuh tertib.

“Malah, FAM juga mempunyai pelan jangka panjang yang bagus seperti pelancaran F:30 (Peta Hala Tuju) yang dilancarkan tahun lalu.

“Berdasarkan semua kriteria itu, mereka sememangnya layak mendapat markah penuh dan patut menjadi contoh kepada persatuan sukan lain di negara ini,” kata kenyataan Pesuruhjaya Sukan, Dato’ Zaiton Othman melalui laman facebook rasmi FAM hari ini.

Keputusan Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) Badan Sukan Kebangsaan 2018 itu dimaklumkan PPS menerusi surat yang dihantar kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

“Sukacita dimaklumkan pejabat ini sudah selesai mengadakan sesi penilaian Penarafan Bintang terhadap badan sukan kebangsaan pada Disember 2018 yang lalu.

“Sehubungan dengan itu, badan sukan Y.Bhg Dato/Tuan/Puan dikategorikan sebagai badan sukan yang mendapat lima (5) bintang berdasarkan kepada penilaian yang dibuat dan diharapkan dapat mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang,” tulis kenyataan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN