FAM Anggap Tuduhan Menerusi ‘Surat Layang’ Adalah Tidak Benar

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil mempertahankan diri mereka kembali selepas beberapa tohmahan buruk dikeluarkan oleh satu surat layang misteri dengan menyatakan ia tidak benar sama sekali.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Datuk Seri Rosmadi Ismail yang juga merupakan Naib Presiden FAM mengenai tuduhan tersebut.

Menurut Rosmadi, isu dibangkitkan oleh kiriman surat layang itu tidak benar selepas beliau membaca segala tuduhan dikeluarkan termasuk membabitkan kepimpinan atas FAM sendiri.

Jelas beliau, segala dakwaan dikeluarkan termasuk mengenai isu tender untuk projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan dianggap cukup berat dan bakal memberi imej buruk buat FAM dalam kalangan ramai.

Malah, ia dianggap bakal menjadi salah satu asbab kepada pembangunan bola sepak di Malaysia selepas segala tuduhan dikeluarkan itu merosakkan nama baik FAM.

Kisah Gelap FAM Tersebar Di Media Sosial, Tuduhan Berasas Atau Sekadar Cerita Palsu?

“Bagi saya tuduhan-tuduhan itu tidak benar kerana setiap keputusan sama ada yang besar ataupun kecil kita buat dalam mesyuarat exco di mana mesti ada satu keputusan yang konsensus (dipersetujui bersama) antara kita barulah setiap keputusan itu dilaksanakan.

“Berkenaan tender pula, saya rasa tuduhan itu tak betul kerana kita buat tender terbuka, kita jemput semua pihak dan akan menilai antaranya dari segi keupayaan syarikat.

“Setiap keputusan dan cadangan daripada pengurusan ataupun perunding yang dilantik mesti kena dapatkan kelulusan exco,” kata beliau menerusi perkongsian Harian Metro.

Pada masa sama, Rosmadi sendiri mengakui sangat berpuas hati dengan segala gerak kerja dilakukan badan tersebut dan tidak menganggap setiap keputusan dibuat secara bersendirian.

Mengenai kiriman surat layang itu, Rosmadi menyifatkan ianya berbentuk hasad dengki serta dendam tanpa didedahkan berpunca daripada siapa kepada FAM.

“Saya yakin semua exco termasuk saya amat yakin dengan sistem yang dilaksanakan dan berada di belakang Presiden (Datuk Hamidin Mohd Amin) serta seluruh jawatankuasa yang dinyatakan dalam dakwaan yang dibuat itu,” kata beliau lagi.

Sebelum itu, kiriman surat layang tersebut secara tiba-tiba menjadi tular di media sosial selepas ia dikirimkan kepada pengamal media tempatan menerusi beberapa pertuduhan berat.

Tidak hanya tertakluk kepada staf FAM, ia turut membabitkan nama baik Datuk Haji Hamidin yang merupakan presiden kepada badan berkenaan menerusi beberapa tuduhan dikeluarkan.

Malah, nama skuad Harimau Malaya juga turut terpalit dengan beberapa isu di surat tersebut selepas mereka mencatat kekalahan di tangan Oman.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN