Kisah Gelap FAM Tersebar Di Media Sosial, Tuduhan Berasas Atau Sekadar Cerita Palsu?

Secara tiba-tiba nama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) riuh di media sosial, apabila organisasi berkenaan dikaitkan dengan pelbagai cerita tidak enak sehingga menbabitkan pasukan kebangsaan.

Menerusi satu perkongsian e-mel yang tersebar, salah seorang staf FAM yang tidak diketahui identiti sebenar telah pun membuat beberapa pendedahan termasuk isu salah laku membabitkan banyak pihak termasuk Presiden, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.

“Kami mewakili staff FAM ingin meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku. Kami telah berdiam diri untuk agak lama kerana kami mempercayai tampuk kepimpinan akan melakukan perubahan tetapi keadaan semakin bertambah buruk dan kami berasa bimbang FAM tidak akan bertahan lama atau akan dilanda krisis yang tidak boleh kawal,” jelas kenyataan tersebut.

Antara pendedahan dibuat ialah membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman yang dituduh begitu cenderung ke arah politik berbanding bertanggungjawab kepada kerja.

“Kami mendapati bahawa GS FAM, Datuk Noor Azman Rahman, tidak memenuhi tugas yang telah diamanahkan kepada beliau sebagai GS.

“Kami juga berpendapat bahawa beliau lebih cenderung kepada aktiviti politik berbanding menjalankan tanggungjawabnya.

“Individu yang pandai membodek atau menyanjung beliau sering diutamakan untuk kenaikan pangkat atau diberikan peluang untuk menghadiri mesyuarat khas bersama beliau.

“Sehingga kini, iaitu dalam tempoh tiga bulan, hampir 12 orang pekerja FAM telah meletakkan jawatan dan yang paling ketara ialah 5 orang staf dari pejabat President FAM. Kelima-lima staf itu merupakan staf yang telah lama berkhidmat dengan FAM,” ulas kenyataan itu.

Selain itu, ada juga pendedahan salah seorang staf FAM turut dibuang kerja kerana tuduhan mencuri walaupun tiada bukti lengkap dikemukakan demi melindungi penjenayah sebenar.

Pendedahan lain termasuk staf FAM yang sering dihina serta dicaci setiap hari selain isu rasuah berlaku ketika membabitkan hak penyiaran bagi siri Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

“Pemimpin beragama Islam yang mengambil rasuah, wang haram, adalah perkara yang menjijikan. Apatah lagi pada bulan Ramadan, yang merupakan bulan mulia bagi umat Islam.”

Pelbagai lagi pendedahan dilepaskan pada e-mel tersebut selain isu kronisme, isu kenaikan gaji, serta sumber kewangan FAM sangat teruk, selain keadaan semasa Harimau Malaya.

Paling menarik, Ultras Malaya sendiri turut dipetik, dengan dakwaan kumpulan penyokong itu telah dibeli oleh FAM sehingga berkemungkinan besar mereka akan menyokong pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon keluar daripada membimbing Malaysia.

Persoalan timbul kini jika e-mel berkenaan merupakan pendedahan sebenar kisahbdalam FAM atau ia hanya suatu tuduhan semata untuk mengganggu badan tersebut.

Walaupun begitu, FAM perlu mengeluarkan kenyataan segera mengenai perkara ini atau ia akan memberi cerminan buruk buat para penyokong serta diketahui sehingga penyokong bola sepak luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN