FAM Akan Laporkan Insiden Di Jakarta Kepada FIFA & AFC

FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan bahawa akan mengemukakan laporan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berikutan insiden kekecohan penyokong Indonesia yang berlaku di Stadium Utama Gelora Bung Karno itu.

Perkembangan tersebut disahkan oleh FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang rasmi badan induk bola sepak tanah air itu.

Dalam kenyataan tersebut, Stuart mengakui amat kecewa apabila janji Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) yang memberikan jaminan perlawanan akan berlangsung dengan aman nyata meleset sama sekali.

Indonesia Mahu Elak Guna Barracuda, Jamin Keselamatan Skuad Negara Di Jakarta

”Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) amat kecewa dengan gangguan penyokong pada perlawanan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Indonesia lwn Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, semalam.”

”’Fairplay’ dan professionalism telah dipamerkan oleh pemain dan pegawai kedua-dua negara, tetapi perlawanan dicemari oleh insiden di luar padang.”

”FAM anggap negara jiran kita, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), melalui pihak kuasa tempatan gagal menjangkakan insiden yang telah berlaku justeru gagal mengotakan janji yang diberikan mereka secara umum untuk perlawanan ini, dan juga gagal mengawal sikap penyokong sepanjang pra mahupun ketika serta selepas perlawanan berlangsung sekaligus mencemarkan imej bola sepak Indonesia.”

”Memandangkan FAM dan PDRM tidak mempunyai bidang kuasa di Indonesia, kami mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan melalui dua mesyuarat bertarikh 20 Ogos dan 27 Ogos 2019 yang turut dihadiri oleh Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ACP Kamarulzaman Maarof, sebagai persiapan langkah keselamatan yang diperlukan untuk perjalanan penyokong negara.”

”Walaupun disediakan polis pengiring dari lapangan terbang ke stadium dan sebaliknya khusus untuk kira-kira 300 penyokong dalam 6 bas, keadaan tetap menjadi huru-hara dan kami berasa amat kecewa dengan jawatankuasa pengelola tempatan berikutan kegagalan mereka menunaikan janji serta persefahaman yang dicapai.”

”Tidak ada tempat dalam sukan bola sepak untuk gejala hooliganisme dan gangsterisme dan oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan dan sedang mengumpul bukti kukuh bagi melaporkan kejadian semalam kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).”

”Justeru, bagi penyokong Malaysia yang masih berada di Indonesia, kami mendoakan keselamatan anda di sana dan moga selamat pulang ke Malaysia. Terima kasih atas sokongan padu anda terhadap skuad kebangsaan, Harimau Malaya dan kami juga menggesa anda untuk mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri mahupun rakyat Indonesia.”

”Penyokong Malaysia secara umumnya dilihat bertindak balas secara positif malam tadi dan tidak mengikut sebarang provokasi. Lantaran itu,’kami nasihatkan anda untuk kekal sabar dan terus menghormati penyokong luar ke negara kita – sama ada peminat Indonesia, UAE, Thailand atau Vietnam terhadap semua perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional nanti.”

Kredit foto: Arena HijauKuning

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN